to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Emotional Intelligence


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. semalam dah selesai round exam untuk Tropical Medicine..Alhamdulillah..things went smooth.. xde soalan2 yang complicated.. Sekarang ni tgh tunggu round exam untuk Orthopedic plak.. Harap2 semua baik2 belaka.. Kesihatan, semangat, ingatan, perhubungan dengan Allah dan manusia, persediaan nak pergi umrah dan lain2… Kheir, InsyaAllah..

Hari tu pergi rumah Nadiah, tnampak buku pasal Emotional Intelligence, jadi saya pun pinjamlah.

Tak habis baca pun lagi, baru baca 1/3 dari tebal buku, dah berhenti dah sbb tulisan kecik sgt.. dan makin lama makin tak bersemangat plak nak baca..hehe.. mula2 je semangat ni :p

Saya mmg bersemangat nak tahu pasal emotional intelligence ni.. sbb dulu PK HEM sekolah selalu panggil saya..hehe.. jgn la tanya pasal apa.. Sembang2, pastu kat point akhir mesti dia tanya soalan ni,

“Kenapa top scorer banyak masalah disiplin.. kenapa diorang ni jadi nakal? Result memang bagus, nama sume kat ranking atas2, tapi kenapa tak sebagus akhlaknya.. Kenapa banyak rebell, selalu nak lawan cikgu…”

“Adakah sekolah ni nak melahirkan pelajar2 yang mantap dari segi akademik sahaja, tapi soal akhlak, disiplin… Sekolah ni bukan nak lahirkan robot..”

Dan respons saya, tetap sama dari awal hingga akhir.. Saya diam seribu bahasa…

Akal perlukan kemahiran untuk digunakan sebaiknya.. begitu juga emosi.. bukanlah pada emosi itu salah segalanya.. bahkan kepunyaan akal dan emosi itulah yang membentuk kita sebagai manusia..

Akal jika tidak digunakan pada tempatnya yang betul, maka akan terjadilah kefasadan yang  nyata.. Contohnya seseorang itu bisa mengatur plan dengan sempurna sekali, punya bakat yang besar untuk menjadi arkitek atau pelukis plan dengan jayanya.. Namun, sekiranya dia menggunakan akalnya itu untuk mengatur plan merompak bank berjuta2 dengan sangat sempurna… maka berlakulah penyalahgunaan dan akhirnya membawa kepada kebinasaan..

Begitu juga emosi.. Rasa gembira, rasa sedih, risau, takut.. semua ada peranannya masing2, ada tempat yang sesuai untuk digunakan.. Dan juga perlu ada prinsip untuk bersederhana dalam beremosi, supaya tidak terbawa2 dan menjejaskan kehidupan seluruhnya.. Kerana emosi itu sekejap fitrahnya.. semua perasaan ini tidak kekal lama, kadang kita gembira, kadang kita sedih, kadang kita takut, kadang kita sayang, kadang kita benci.. Kuncinya semua perasaan itu turun dan naik, untuk kita sentiasa berada dalam baseline kehidupan dan menyelitkan hikmah dan syukur dalam setiap keadaan dan kejadian..

Dalam buku emotional intelligence karanngan Daniel Goleman ini, ada satu perenggan dalam pendahuluan  yang menghuraikan tentang “Why this exploration now?” Dia mengajukan persoalan mengenai betapa sempitnya definisi “intelligence” dalam skop kehidupan sekarang hanya berdasarkan sehelai kertas gred peperiksaan akademik semata. Bagaimana kita boleh membantu anak2 kita untuk pergi dengan lebih jauh, bukannya terikat dengan kecemerlangan akademik semata.. Beliau kemudian mengulas tentang hidup top scorer di universiti selepas mereka graduate dalam chapter berikutnya, di mana kebanyakan mereka kurang berjaya dalam hidup. Kemudian di mana silapnya?

Saya melihat keseimbangan antara keupayaan akal dan emosi untuk sama2 berjaya adalah sejauh mana jiwa itu dibangun bersama2 ilmu yang diterima oleh akal..

Maksudnya di sini, akal dan emosi hanya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bila, malah boleh pergi lebih jauh bila  jiwa ditarbiyyah, di ajar untuk mengenal Allah, faham dan mencintai agama, bilamana pandangan akal itu dibina melalui logik, lalu difaham oleh hati dan perasaan untuk melihatnya sebagai satu bukti kebesaran Allah, melihat hikmah terlebih dahulu sebelum kebinasaan bila di uji.. yang akhirnya melahirkan satu perasaan yang tenang,seimbang dan stabil..

Ahh.. indahnya perasaan itu.. Rasa tenang seolah2 burung2 yang terbang bebas di udara, terbang dengan kuasa Allah, berzikir sama banyak dengan kepakan sayapnya.. Mengetahui bahawa ada yang memerhati, ada yang Maha Kuasa mengawal segala2nya.. Jiwa itu tahu bahawa akhirnya dia berpegang kepada akar kehidupan yang digenggam dan di kawal oleh Dia yang Punya Segalanya..

Firman Allah dalam Surah Al Mulk, ayat 19:

“Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Off good and bad time.. Kita punya alasan yang kuat untuk kita sentiasa bersyukur..

Kita ada si Dia tempat mengadu, tatkala semua orang memekakkan telinga, membutakan mata..

“La tahzan.. Innallaha ma’as Sobirin.. Jangalah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama2 orang yang sabar..”

Kita ada si Dia yang sentiasa tercari2 di setiap penghujung malam tanpa bercuti walau sehari, di mana hambanya yang berdoa memohon sesuatu.. pasti akan di tunaikannya..

Kita ada Dia, yang sentiasa mendengar, tidakkan pernah jemu walau sesaat, untk mendengar kisah kita berulang2..

Kita ada Dia yang menerima dengan tangan terbuka, dan pelukan kasih sayang, di kala kita rasa dibuang, tersisih dan tidak diperlukan..

Untuk Dialah akar hidup kita.. InsyaAllah walau sekencang mana taufan hidup kita, walau setinggi everest banjir yang melanda, walau selebat mana hujan yang turun.. Emosi kita tidak akan goyang kerana Iman kepada Allah Tuhan yg Satu telah berakar umbi di dalam hati kita..

Emotional Intelligence.. Dapatkannya bersama hati yang mengenal Tuhan, melakukan suruhannya, meninggalkan larangannya..

Emotional Intelligence.. terpancar daripada hati yang dilimpahi cahaya keimanan..bukan dari segi saintifik semata..

Siapa yang kenal dirinya, maka dia kenal siapa Tuhannya!

July 18, 2010 - Posted by | Uncategorized

3 Comments »

  1. mai,haha,setelusnya dari hati patik tatkala membaca entry mu ini:
    1)gedebuk.argh,sakitnya disitu.berbisa.
    2)malu.
    3)kagum dgn kebolehanmu utk rasional. sdg patik,ntah ke mana.
    4)masih byk yg perlu dibaiki.
    5)sudah2 la ngn apa yg telah dilakukan.get up!!

    takpe,ni lah gunanya kwn.mengingatkan dan membuka mata.jzkk

    Comment by hang jebat | July 18, 2010 | Reply

  2. salam hang jebat…
    tuan hamba dah salah faham… patik tulis entry ni bukanlah nak ckp patik rasional-serasionalnya…malah byk lagi lompong2 yg nyata dala diri…

    Patik tulis ni sebagai rumusan buku eotional intelligence + nilai tarbiyyah dan agama sebagai benteng kita mengekang kegagalan mengawal emosi..

    Sama2 cuba kawal emosi kita ok..

    Selamat beramal..

    Comment by mysar1124 | July 19, 2010 | Reply

  3. emotional intelligence.
    reason sy beli buku tu adalah utk belajar cara utk kawal emosi.mcm dlm buku tu tulis, emotion adalah satu anugerah, tp bila dan bagaimana kita meletakkannya, itu yang menbezakan kita bijak atau tidak menguruskan emosi.
    ada orang memang jenis stabil emosinya, ada masalah pun dia akan tahu bila untuk dia layan emosi sedih n risaunya, dan bila dia perlu lupakan dan berkerja. i really adore these people!
    tp, setiap dari kita dijadikan berbeza2..ujian juga di atas paksi yang berbeza2, tapi x bermakna kita tak boleh belajar untuk mengatasi kekurangan tu, right?

    mendoakan agar saya, cik hang jebat, cik mai dan semua yang lain dikurniakan kewarasan & ketenangan minda dalam menguruskan emosi 😀

    Comment by deiya | July 19, 2010 | Reply


Leave a comment