to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Isilah hatimu…


Assalamualaikum wbt..

Topik2 Obstetric and Gynaecology banyak lagi yang perlu dihadamkan. Tapi aku memilih untuk menulis sesuatu di sini. Walaupun sudah segelas kopi aku teguk, nyatanya hati dan fikiranku sukar untuk aku alihkan kembali menghadap buku Toppozada yang agak tebal itu.

Hati ku terasa kosong.. Rindu pada sesuatu.. Namun sukar untuk aku pastikan ke arah mana rindu aku itu berbunga..

Adakah pada kawan2 yang sudah jarang bersua kerana masing2 mengurung diri menelaah pelajaran?

Adakah pada keluarga di Malaysia?

Adakah pada kawan2 sekolah lama yang sudah setengah dekad tidak berjumpa?

Adakah pada kuliah yang sudah melabuhkan tirainya untuk semester ini?

Haih… sukar untuk aku pastikan.. Tapi aku rasakan sesuatu yang tertinggal.. sesuatu yang membuat aku rasa tersangkut..

Dalam ketidak pastian ini, aku memilih untuk aku rindu pada halaqah dan pengisian jiwa…

Betapa lama tidak bersua sahabat2, duduk sebentar mendengar tadabbur kalamullah. Mendengar peringatan2 mengetuk jiwa… Mendengar perkataan2 yang indah dan baik2 belaka.. Mendengar suatu kisah walaupun tidak pernah nampak depan mata sendiri, tetapi seakan terasa syahdu dan menusuk kalbu!

Sudah lama tidak mendengar sirah Nabi.. baru aku tersedar kini.. Jarang2 aku rasa rindu pada Rasulullah, dan nafsuku selalu rindu pada yang tidak kekal keberadaannya di dunia..

Walaupun kelas sirah ‘ala khuto’ Habib sudah pun melabuhkan tirainya.. rasa kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad, pemberi syafaat di akhirat kelak tidak patut dilabuhkan bersama..

Ya Allah, isikanlah hati kami dengan rasa cinta kepadaMu dan kepada kekasihMu..

Bantu kami mengingati dan mencintaiMu..

Syaaban bakal berlalu, ramadhan pun bakal menjelma..

Bulan yang paling istimewa hadiah untuk umat Islam telah sampai gilirannya pada tahun ini..

Rindunya perasaan mengharap pada pada Allah.. Rindunya berkejar2 merebut tempat solat di Jamek Ibrahim.. Rindunya bercuti berehat dari kesibukan dunia..

Rindunya kepada jiwa yang mencari Tuhan… Rindunya pada jiwa yang mendambakan keampunan dan kerahmatan..

Rindunya bermunajat dengan tangisan keinsafan..

Membawa jiwa yang terluka, untuk dijahit dengan istighfar..

Membawa jiwa yang kosong untuk di penuhi dengan amal2 soleh..

Membawa kesedihan dan lara diri dengan penuh kerendahan untuk ditukar ganti dengan kegembiraan berbuka dan mengadap Rabb pada suatu hari nanti..

Membawa hati yang gelap dilitupi bayang2 dunia kepada terangnya Nuur keimanan…

Menyatukan hati yang rindukan Tuhannya, bertaut dengan kasih Tuhan kepada hambanya yang tidak bertepi…

Isilah hatimu dengan pilihan yang sebenarnya.. Tarbiyah diri mengenal Allah dan menyedari hakikat sebenar seorang insan di atas bumi yang fana…

Allahumma baariklana fi Rejab wa Sya’ban.. wa ballighna Ramadhan ya Rabb..

July 27, 2010 - Posted by | Uncategorized

5 Comments »

  1. maisarah…hai..=)..

    ever had those moments?
    when ur heart and mind is bursting with a million and one feelings..
    compelled to talk to someone, but the words- so difficult to string together..

    so you choose to walk to the nearest washroom..
    take wudhu..

    and do 2 rakaat of prayers..

    a conversation so intimate with the One who created this very heart..
    Who understands your very feeling..
    every single one..
    Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya ketika dalam sujudnya..
    tears of joy..of happiness..
    tears of maybe minute dissapointment..
    tears of hope..
    tears, begging to be led, to be guided..
    because at that very moment, the soul’s lost.. and hungry for light
    at the end of your prayer, you give salam..
    “assalamualaikum warahmatullah”

    then there’s that surge of peace..
    of relief..

    you fold that sejadah knowing you just had the best conversation EVER..
    =)

    i love You, Allah..

    hehe..tu maksudnya..maisarah rindu kat our dear ALLAH..hehe..

    hoho..exam 2 hari agi~waa..kekalutan melanda saye….hehe..thank u la lagu semalam..uuu..dasyat gambar depan tus..haha

    Comment by skematikletronik | July 28, 2010 | Reply

    • salam ida..
      wah… syahdunyaa bila baca apa yg ida tulis..
      ya, perasaan tu ada.. tp kadang2 la.. xselalu..
      susah nak dapat ruh solat ni..
      pada setiap gerakan bibir dan anggota badan itu ada signifikannya, ada penawarnya..

      “Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

      Comment by mysar1124 | July 28, 2010 | Reply

  2. eii mai rindu saye ye?
    😛
    semoga hatimu terus lunak untuk mendamba kasih Allah..
    mmg dah lama xjumpa sama2 akhawat dan mnyampaikan tazkirah2 yang membersihkan hati.
    masa2 study leave ni, sedikit kata2 taujihat akan membuatkan hati cukup terkesan..
    thanks kata2 hari tu mai
    robbuna yusahhil ukhti.uhibuki fillah
    semoga terus di dalam jagaanNya 🙂

    Comment by deiya | July 28, 2010 | Reply

  3. salam maisarah.
    semoga dapat ketemu lagi dengan ramadan malam ini. semoga bertemu kembali dengan hati yang khusyuk, hati yang tenang dan tawadhuk..
    semoga diberikan apa yang terbaik buatmu di dunia dan di akhirat.
    semoga diperkuatkan bahumu menanggung ujian yang mendatang.
    semoga sentiasa basah lidah dan hatimu dengan zikrullah.
    selamat datang, ramadan.
    untuk kami jual nafsu amarah kami. untuk kami kembali padaNya Ilahi.
    tiadalah kami menyesali apa yang menimpa kami di jalanMu. namun kuatkan hati kami, dan teguhkan ukhuwah antara kami. amin…
    T_T

    Comment by superheroin | August 10, 2010 | Reply

  4. kawan2 sekolah merinduimu. (>_<)

    Comment by noL | November 2, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: