to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Apa istimewanya Palestin?


Di manakah Palestin ?

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.


Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

Hakikat Palestin dari dulu hingga sekarang:

1. Rebutan 3 Agama (Islam, Kristian, Yahudi)

2. Rebutan Tamadun Dunia

3. Rebutan kuasa besar

Dalil-dalil mengenai Palestin:

1. سبحن الذى اسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام الى المسجد الاقصى الذى بركنا حوله لنريه من  أيتنا * انه هو السميع البصير

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda2 (kebesaran) Kami .Sesungguhnya dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Surah Isra’:1)

2. والتين والزيتون * و طور سينين و هذا البلد الأمين *

  1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaiton
  2. Dan demi bukit Sinai
  3. Dan demi kota (Mekah) yang aman

(Surah At-Tin: 1-3)

3. “Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama2 kebenaran, mencabar dan menentang musuh2 mereka. Musuh2 mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”

Riwayat Bukhari

Kedudukan Baitul Maqdis
(Dalam Aqidah Umat Islam)

  1. Baitul Maqdis sebagai Qiblat Pertama
  2. Baitul Maqdis sebagai Negeri Isra’ dan Mi’raj
  3. Baitul Maqdis sebagai Kota Besar Islam ke 3
  4. Baitul Maqdis sebagai Negeri Kenabian dan Keberkatan
  5. Baitul Maqdis sebagai Negeri Perjuangan

KITA DAN PALESTIN
1. Baitul Maqdis (yang barat sebut Jerusalem) adalah termasuk daripada tempat-tempat suci umat Islam selain daripada Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah kerana didalamnya terdapat Masjidil Aqsa yang mulia. Baitul Maqdis menjadi sendi utama bagi aqidah dan ajaran Islam seperti yang dinukilkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Sallahualaihi wassalam..
2. Allah berjanji bahawa bumi Baitul Maqdis adalah bumi yang diberkati. Begitu juga kawasan sekitarnya. Perkataan ’barakna’ (yang Kami berkati) disebut sebanyak 6 kali dalam Al-Quran, hanya menerangkan tentang Palestine dan sekitarnya, menunjukkan betapa seriusnya penekanan Allah terhadap bumi Palestine. AlQuran adalah wahyu dan kalam Allah yang valid sampai bila-bila. Hebatnya bumi ini….
3. Baitul Maqdis merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Masjidil Haram di Mekah. Perpindahan kiblat ini berlaku setelah 17 bulan hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.
4. Disinilah berlakunya peristiwa Isra’ & Mikraj yang disebut dalam AlQuran dan dibaca sampai hari kiamat. Barangsiapa yang engkar atau ragu-ragu walau satu ayat dalam AlQuran, maka aqidahnya tidak sah.
5. Ia juga adalah tempat lahir atau tempat tinggal para Rasul terdahulu seperti Nabi Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Daud, Sulaiman, Salih, Zakaria, Yahya dan Isa. Sebahagian nabi-nabi juga dikebumikan disini.
6. Bumi Jihad. Tersebut didalam beberapa hadis sahih bahawa bumi ini adalah ”penjaga Islam” dan pusat Iman ketika zaman krisis dan huru-hara. Sesiapa yang tinggal didalamnya kerana Islam, maka dia adalah Mujahid/pejuang agama (riwayat al-Tabarani).
7. Ia adalah Tanah Wakaf yang diwarisi sejak zaman nabi-nabi terdahulu dan akan terus menjadi hak Umat Islam sampai bila-bila. Ia tidak boleh diserah atau dirampas oleh sesiapa walaupun sekelumit sekalipun.
8. Palestin adalah pusat strategik politik dunia. Sesiapa yang kuasai Palestin, maka dia sedang mendominasi dunia. Dulu, Empayar Rom (KRISTIAN) kemudian Khilafah Islam (ISLAM), kini polis dunia Israel-Amerika (YAHUDI/KRISTIAN). InsyaAllah, masa depan yang gemilang untuk Islam.


Rujukan:

1. http://www.myspace.com/rintihan_palestin

2. Slide Palestin, Bumi Yang dijanjikan oleh Dr. Zainurrashid, Aman Palestin.

3. http://pembinaterengganu.wordpress.com/2009/01/11/ada-apa-pada-palestine/

Di manakah Palestin ? Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

1 Comment »

  1. Hope we get back this land…

    Comment by humaira adawiyah | March 22, 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: