to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Ilmu


HARGA SEBUAH ILMU

Dunia hari ini memang sudah lumat dengan hidup materialism. Segala-galanya diukur dengan angka-angka. Kalau mahu barang yang terbaik, sediakan wang yang berbukit. Pedulikan semua rasa, nilai estetik, nilai sentimental, ruhi dan tarbiyyah, semuanya terhapus dengan nilai sekeping not kertas.

Bila difikir-fikir, materialism bukan hanya menyerang harta benda dan jual beli, malah ianya turut menyerang khazanah ilmu yang semakin lama semakin jumud dan sempit dek kerana mengejar sebanyak mungkin gred A ataupun 4 flat di atas sekeping kertas tanda kejayaan.

Banyak kita dengar tentang “Professor Kangkung”, “air ajaib” dan pelbagai lagi penipuan MLM yang berlaku atas nama penyelewengan ilmu dan mengejar wang. Bahkan lebih teruk lagi daripada yang disebutkan tadi, seorang budak yang baru berumur 12 tahun membunuh diri disebabkan kegagalannya dalam UPSR.

Jadi, dimana sebenarnya harga dan nilai sebuah ilmu pada zaman ini?

HAKIKAT ILMU

Ilmu itu cahaya, sifatnya suci dan luhur, penuh dengan keberkatan kerana ia salah satu anugerah Allah kepada kita manusia khalifah di muka dunia. Dengan system pendidikan yang sedia ada, jarang kita merasai nikmat ilmu itu yang sebenarnya dapat merungkai segala persoalan dalam diri, yang akhirnya memimpin dan memandu jiwa yang kosong menemui Tuhannya. Yang kita disogokkan, belajar pandai-pandai, dapat keputusan yang bagus apa-apapun caranya,kemudian masuk ke universiti dan kerjalah mengikut kelayakan yang kita ada.

Generasi sekarang terlalu exam oriented, perlu berfikir mengikut rangka penanda kertas soalan, tidak bebas menghirup dan menikmati ilmu yang telah Allah kurniakan istimewa buat manusia. Soal keberkatan juga dipandang enteng, guru tidak lagi dikhormati seperti selayaknya, meniru dalam peperiksaan dan macam-macam lagi.

Satu persoalan yang perlu kita jawab adalah: Tidakkah kita merasakan bahawa ilmu pengetahuan yang kita ada datangnya daripada Allah, Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui dan tahukah kita bahawa menuntut ilmu menjadi kefardhuan,kewajipan bagi seorang muslim untuk menuntut ilmu?

Mari renungi hadith Nabi berkenaan ilmu: Menuntut ilmu itu adalah wajib(kefardhuan) bagi setiap orang muslim.

Selama ini, beratus-ratus kali kita mendengar hadith yang pendek tapi sarat dengan isi ini, tapi marilah sama-sama kita tadabbur apakah makna disebaliknya.

Muhammad Qutb dalam kitabnya “qabasat minarRasul” dalam bab kewajiban menuntut ilmu menerangkan maksud “fardhu” dalam hadith tersebut dalam 3 konteks:

1-      Ia adalah kewajipan yang mesti ditunaikan, tidak boleh ditinggalkan disebabkan sibuk dengan perkara lain atau ada halangan yang menghalang

2-      Ia adalah kewajipan yang dilakukan oleh manusia kerana Allah dan sebagai pengibadatan kepadaNya. Dengan itu dia melaksanakan dengan amanah,bersih dan ikhlas.

3-      Ia adalah amalan yang mendekatkan hamba kepada Tuhannya. Setiap kali manusia melaksanakan kefardhuan ibadat ini, ia akan merasa hampir pada Tuhannya. Dengan itu keimanan dan pergantungannya kepada Allah akan bertambah. Khusyuk dan rasa cintanya terhadap Allah, rasa redhanya dan kesyukurannya terhadap nikmatNya akan bertambah.

Itulah maksud sebenar kefardhuan yang telah difahami dan tertanam utuh dalam jiwa mukmin sejati. Marilah sama-sama koreksi diri, kembali perbetulkan niat kenapa kita belajar, semoga Allah melapangkan hati-hati kita dalam menerima ilmu satu anugerah istimewa yang Allah kurniakan bagi hamba-hambaNya yang berfikir.

Advertisements

October 30, 2012 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: