to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Ilmu

HARGA SEBUAH ILMU

Dunia hari ini memang sudah lumat dengan hidup materialism. Segala-galanya diukur dengan angka-angka. Kalau mahu barang yang terbaik, sediakan wang yang berbukit. Pedulikan semua rasa, nilai estetik, nilai sentimental, ruhi dan tarbiyyah, semuanya terhapus dengan nilai sekeping not kertas.

Bila difikir-fikir, materialism bukan hanya menyerang harta benda dan jual beli, malah ianya turut menyerang khazanah ilmu yang semakin lama semakin jumud dan sempit dek kerana mengejar sebanyak mungkin gred A ataupun 4 flat di atas sekeping kertas tanda kejayaan.

Banyak kita dengar tentang “Professor Kangkung”, “air ajaib” dan pelbagai lagi penipuan MLM yang berlaku atas nama penyelewengan ilmu dan mengejar wang. Bahkan lebih teruk lagi daripada yang disebutkan tadi, seorang budak yang baru berumur 12 tahun membunuh diri disebabkan kegagalannya dalam UPSR.

Jadi, dimana sebenarnya harga dan nilai sebuah ilmu pada zaman ini?

HAKIKAT ILMU

Ilmu itu cahaya, sifatnya suci dan luhur, penuh dengan keberkatan kerana ia salah satu anugerah Allah kepada kita manusia khalifah di muka dunia. Dengan system pendidikan yang sedia ada, jarang kita merasai nikmat ilmu itu yang sebenarnya dapat merungkai segala persoalan dalam diri, yang akhirnya memimpin dan memandu jiwa yang kosong menemui Tuhannya. Yang kita disogokkan, belajar pandai-pandai, dapat keputusan yang bagus apa-apapun caranya,kemudian masuk ke universiti dan kerjalah mengikut kelayakan yang kita ada.

Generasi sekarang terlalu exam oriented, perlu berfikir mengikut rangka penanda kertas soalan, tidak bebas menghirup dan menikmati ilmu yang telah Allah kurniakan istimewa buat manusia. Soal keberkatan juga dipandang enteng, guru tidak lagi dikhormati seperti selayaknya, meniru dalam peperiksaan dan macam-macam lagi.

Satu persoalan yang perlu kita jawab adalah: Tidakkah kita merasakan bahawa ilmu pengetahuan yang kita ada datangnya daripada Allah, Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui dan tahukah kita bahawa menuntut ilmu menjadi kefardhuan,kewajipan bagi seorang muslim untuk menuntut ilmu?

Mari renungi hadith Nabi berkenaan ilmu: Menuntut ilmu itu adalah wajib(kefardhuan) bagi setiap orang muslim.

Selama ini, beratus-ratus kali kita mendengar hadith yang pendek tapi sarat dengan isi ini, tapi marilah sama-sama kita tadabbur apakah makna disebaliknya.

Muhammad Qutb dalam kitabnya “qabasat minarRasul” dalam bab kewajiban menuntut ilmu menerangkan maksud “fardhu” dalam hadith tersebut dalam 3 konteks:

1-      Ia adalah kewajipan yang mesti ditunaikan, tidak boleh ditinggalkan disebabkan sibuk dengan perkara lain atau ada halangan yang menghalang

2-      Ia adalah kewajipan yang dilakukan oleh manusia kerana Allah dan sebagai pengibadatan kepadaNya. Dengan itu dia melaksanakan dengan amanah,bersih dan ikhlas.

3-      Ia adalah amalan yang mendekatkan hamba kepada Tuhannya. Setiap kali manusia melaksanakan kefardhuan ibadat ini, ia akan merasa hampir pada Tuhannya. Dengan itu keimanan dan pergantungannya kepada Allah akan bertambah. Khusyuk dan rasa cintanya terhadap Allah, rasa redhanya dan kesyukurannya terhadap nikmatNya akan bertambah.

Itulah maksud sebenar kefardhuan yang telah difahami dan tertanam utuh dalam jiwa mukmin sejati. Marilah sama-sama koreksi diri, kembali perbetulkan niat kenapa kita belajar, semoga Allah melapangkan hati-hati kita dalam menerima ilmu satu anugerah istimewa yang Allah kurniakan bagi hamba-hambaNya yang berfikir.

Advertisements

October 30, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Tinggal

Sedang saya beristhighfar dan berhamdalah dalam kereta selesa family aeishah, jauh saya bermuhasabah dan mengenang masa2 bersama kawan baik saya, yang saya rasakan satu hadiah istimewa dalam hidup saya.

 

Dialah yang membawa saya mengenali erti hidup yang sebenar, mengajar saya apa erti tarbiyyah, berkongsi suka duka dalam merealisasikan erti ukhuwwah fillah spt yang dianjurkan oleh Rasulullah. Seperti Ansar dan muhajirin. dialah yang banyak memberi, sedangkan saya rasa sayalah muhajirin yang disambut dan dialu2kan dengan begitu baik sekali, walaupun seringkali sayalah orangnya yang selalu memulakan salah faham dan menguji kesabarannya.

 

Saya sangka saya cukup kuat untuk merelakan penghijrahan status hidupnya yang baru,tapi terasa juga kekosongannya dalam hati. Saya gembira kawan saya ini telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, sangat kagum mendengar misi & visi bait muslimya dan sangat berharap dapat mengambil qudwah dan nasihat daripadanya untuk diaplikasikan dalam hidup saya.

Saya fikir,agaknya beginilah apa yang Bilal rasakan bilamana beliau tidak mampu melaungkan azan selepas pemergian Rasulullah murabbinya yang telah memberi kesan yang besar dalam hidupnya. Namun saya bersyukur, Allah beri peluang untuk saya merasa pengalaman berharga ini.

 

Satu lagi yang saya belajar, bahawa Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian. Pasti akan ada yang menemani, pasti akan ada yang menasihati. Banyakkan bersyukur, sesungguhnya amat sedikit hambaNya yang bersyukur…

 

Harapan saya semoga Allah terus merahmati dan memberkati seluruh kehidupan beluai, dan Allah beri keberkatan masa untuk sama2 terus berhubung, saling menasihati dan mengingatkan dan bantu membantu dalam apa jua keadaan.

 

Diri ini rasa sangat bertuah juga dapat mengenali family aeishah, banyak memberi bantuan & sokongan sepanjang waktu yang genting ini. Ya Allah berkaltilah mereka, murahkan rezeki mereka dan hubungkanlah silaturrahim ini hanya keranaMU ya Allah…

September 13, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Taqabbalallah minna wa minkum!

Masa terus berlalu meninggalkan kita, tanpa pernah merasa jemu dan lelah mengikuti sunnatullah dan perintah Allah. Detik usia makin bertambah dari hari ke hari,bulan berganti bulan, tahun pengajian pun makin meningkat setiap tahun, ada yang bertukar status hidup daripada bujang kepada berpasangan, ada juga yang menambah ahli keluarga, yang memelihara kucing daripada seekor bertambah menjadi 5 dan macam-macam lagi progression dan penambahbaikan dalam hidup.

Begitulah hakikat masa yang senantiasa berjalan, dan ianya adalah kehidupan kita. Bukan lagi bagai emas, namun ianya adalah rakaman kehidupan kita yang sedang berlayar di dunia yang fana ini. Tidak akan dapat berpatah semula ke masa silam, ataupun kita awalkan masa depan, namun masa inilah yang kita ada, harapan saya semoga kita menggunakan nikmat ini sebaiknya dan sentiasa merancang untuk hari esok yang lebih solehah.

Sedar tak sedar perjalan sebagai seorang student medic akan berakhir tidak lama lagi. Ramadhan pun sudah berlalu menutup madrasah keampunannya. Kurang daripada sebulan status hidup pun akan berubah.

Saya merasakan sisa waktu yang berbaki perlu banyak digunakan untuk muhasabah diri dan merancang plan yang baru untuk hidup yang baru, sambil menerapkan doa yang tidak putus2 semoga Allah mengampunkan dosa-dosa silam, memberkati setiap langkah, menerima setiap amalan yang banyak cacatnya, masih memilih diri ini mendapat hidayah, taufik dan maghfirahNya, terus thabat atas jalan mujahadah ini dan dijemput menghadapNya dalam sebaik2 keadaan.

 

Malaysia negara tercinta, banyak cabaran dan dugaan bila menjejak bumi ini. Semoga Allah mudahkan semua urusan dan mengurniakan kesabaran dan erti syukur disebalik kedukaan.

 

Salam Aidlifiri buat semua. Taqabbalallah minna wa minkum.

August 20, 2012 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

Jampi Bangsaku : Nukilan A. Aziz Deraman

Bismillahirrahmanirrahim
Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Ribuan tahun punya hak dan pertuanan di sini
Punya kekuatan punya peradaban
Punya kebenaran punya keagungan
Punya ketuhanan punya kebudayaan

Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Akar jiwamu memegang darahku
Batang hatimu menjadi tubuhku
Daun aqalmu melitup zat dan sifatku,
Bangsaku jangan mengubah rupa
Bangsaku jangan meleka sambil melewa
Biarlah utuh diujian sepanjang masa

Hai bangsaku,
Seribu lupa selaksa sedar
Tawarlah segala yang lupa
Dari hikmatan kebendaan dan kepuraan
Dari hikmatan peniruan dan kesesatan
Tawar sekali dari bisa onar dan kemusnahan,
Jika bisa pada jiwa tawar pada hati
Bisa pada aqal tawar pada aqal
Tawarlah pada segala wujud keperibadian kita
Pulang pulih seperti keadaan asal

Hai bangsaku aku tahu usulmu
Jatuh di segala ceruk rantau alam ini
Jatuh di utara jatuh di selatan
Jatuh di timur jatuh di barat,
Janganlah pula duduk tunggu, jaga mengilas siku.

Hai bangsaku,
Aku mintamu pindah balik segala kekuatan
Segala peradaban, segala kebenaran
Segala keagungan dan segala-galanya
Memulia dan meneruskan kegemilangan

Biarlah utuh diuji zaman-berzaman
Itulah asalmu tapakmu bersenang
Masa kini dan akan datang,
Aku hendak minta kepadamu
Pulang pulih seperti keadaan asal
Sebab, belum cukup belum genap belum sampai ajal
Bukan kuasa aku tp dengan kuasa Allah
Berkat kita kata: Lailaha illallah Muhammadar Rasulullah

April 11, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Bertemu kembali

Selamat bertemu kembali,

Dalam ruangan kecil cuba menulis.

 

Selamat bertemu kembali,

Satu posesi dan juga obsesi,

menulis menutur bahasa hati.

 

Selamat bertemu kembali,

skrin putih dan huruf menari,

meluahkan buah fikiran dan rasa hati.

 

Bukan tiada idea ataupun ketandusan kata,

Tulisan itu mudah ditaip dan di rima,

Tapi bukan sekadar cerita,

Amal dan kerja wajib sekata.

 

Lama terbiar laman sendiri,

Mencari-cari satu puisi,

Mencari motivasi buat diri,

Ke arah amal, ayuh di bukti.

Image

April 9, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Salam.

just a quick update.

Sedarkah kita ramadhan semakin menghampiri?

Sudah bersediakah kita?

Atau masih rasa biasa2 sahaja?

Sy tidak berkesempatan menulis panjang, cuma mahu kongsikan sebuah artikel.

http://ismamesir.com/v2/2011/07/persediaan-ramadan/

Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana anda diberikan satu tempoh masa untuk melakukan sesuatu dan setelah tempoh itu habis, maka anda dilarang dari melakukan perkara tersebut? Sekiranya perkara ini terjadi, maka apakah tindakan yang akan anda lakukan?

Sebagai contoh, anda diberi masa sebulan untuk menyiapkan sebuah kereta untuk satu perlumbaan. Setelah tempoh sebulan berlalu, anda tidak dibenarkan lagi melakukan apa-apa. Sudah tentu anda akan menggunakan masa sebulan itu dengan sebaik mungkin untuk menyediakan kereta yang terbaik. Tayar terbaik digunakan, minyak mencukupi dan berkualiti, badan kereta yang sesuai untuk berlumba dan bermacam-macam lagi yang anda lakukan.

Berdasarkan tajuk kali ini, pernahkah anda terfikir bahawa syaitan juga akan menggunakan masa dan peluang yang ada dengan semaksima dan sebaik mungkin untuk persiapan melalui bulan Ramadan?

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Daripada Rasulullah SAW:

“Apabila masuk bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari)

Berdasarkan mafhum hadis ini, ketahuilah kita bahawa syaitan akan dibelenggu pada bulan Ramadan. Jadi sudah tentu syaitan akan menghasut, mengerahkan segala usaha, menggunakan segala tipu daya agar segala janji syaitan untuk menyesatkan manusia terlaksana walau dalam keadaan mereka dibelenggu di bulan Ramadan.

Nafsu manusia akan dilatih, disuap, dibelai dihidangkan dengan keseronokan dan keasyikan agar di bulan Ramadan nanti, ia akan menjadi raja yang memerintah manusia. Itulah yang sering terjadi. Walau di bulan Ramadan, masih ada kerosakan dan maksiat yang dilakukan manusia.

Dengan itu, ketahuilah kita bahawa masa atau fasa sebelum masuknya bulan Ramadan adalah fasa dan waktu yang sangat kritikal. Ia akan menentukan keberjayaan dan prestasi kita pada bulan Ramadan tersebut.

Sebagaimana nabi kita Muhammad SAW mendidik kita dengan doa seperti yang diriwayatkan oleh Anas RA bahawa Rasulullah SAW, apabila memasuki bulan Rejab berkata: Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan – riwayat Imam Ahmad dan al-Tabarani.

Begitulah antara isyarat-isyarat yang baginda tunjukkan kepada kita. Pentingnya keberkatan dari Allah serta perlindungan dan rahmat-Nya pada fasa dan waktu sebelum kita memasuki bulan Ramadan.

Jadi,bagaimanakah caranya untuk kita persiapkan diri kita dalam tempoh waktu yang kritikal ini? Apakah yang perlu kita lakukan?

Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan antaranya:

Seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW hendaklah kita selalu berdoa “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Kerana hanya dengan hidayah dan kasih sayang Allah sahaja yang mampu menyelamatkan kita dari nafsu dan syaitan.
Bertaubat yang benar. Agar hati kita bersih dari belenggu dosa dan nafsu yang menyesatkan. Mudah bagi kita untuk melawan nafsu. Agar di bulan Ramadan, kita seperti kain putih yang ingin dicorakkan dengan tarbiyyah Allah SWT.
Perbanyakkan puasa sunat kerana ia mampu mendidik dan melatih nafsu kita. Mengawal diri kita dari keinginan yang merosakkan. Puasa sunat di bulan Rejab dan Sya’ban, puasa Isnin dan Khamis. Jika ada puasa yang perlu diganti, maka bersegeralah menggantikannya.
Perbanyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Agar waktu-waktu terluang kita diisi dengan beribadah kepada Allah. Kerana jika tidak, sudah tentu kita akan mengisinya dengan perkara yang sia-sia dan maksiat.
Menghidupkan suasana di rumah dan di tempat-tempat yang selalu kita ada seperti di tempat kerja dan juga di dalam kenderaan. Kita boleh menampal poster atau kad berkaitan Ramadan,memasang lagu Ramadan, menghantar SMS dan kad ucapan Ramadan, menanda kalendar agar kita sentiasa sedar akan kedatangan Ramadan dan bersedia untuk menyambutnya.
Muhasabah diri. Sekiranya dalam tempoh waktu yang kritikal ini kita masih lagi leka dan alpa dengan perkara kemaksiatan dan perkara yang sia-sia seperti melihat perkara yang haram, melayan movie yang tidak elok, bermain game 24 jam, mencarut, membuang masa, meringan-ringankan sembahyang, maka ketika itu haruslah kita berhenti dan berazam meninggalkannya sebelum kita terlewat. Kerana apabila kita sudah biasa melakukannya, maka kita akan terbiasa melakukannya walau ketika bulan Ramadan.
Melatih diri dari sekarang dengan bersedekah, qiamullail, berzikir, puasa sunat, membaca quran, melawan perasaan malas.
Merancang Ramadan anda. Kalau boleh sediakan borang atau senarai perkara-perkara yang perlu dan ingin dicapai di bulan Ramadan. Seperti sasaran berapa kali hendak khatam, solat fardhu jemaah di masjid, qiamullail, sedekah dan lain-lain.

Itulah serba sedikit perkongsian persediaan-persediaan yang lebih utama kita lakukan dalam tempoh kritikal sebelum kita menyambut Ramadhan.

Rugilah bagi sesiapa yang melalui Ramadhan dan Allah tidak mengampunkan dosanya.

July 15, 2011 Posted by | Uncategorized | , | Leave a comment

Jalan ini bukan red carpet

Kadang-kadang rasa mahu berhenti sahaja

Duduk diam dan hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa

Ya, memang benar jalan ini bukan jalan red carpet

Ia tidak dibentang dengan permaidani yang empuk lagi selesa

Bukan juga dihiasi kilauan glamor dan fantasia

Dulu, kita rasa pilihan kita tepat untuk melalui jalan ini

Setiap langkah diatur dengan seribu kesyukuran kerana hidayah ini..

Kali pertama tersadung batu, aku bingkas bangun mengabaikan kesakitan…

Kerana aku tahu, hidayah ini penawarnya…

Lalu aku kutip titisan madu ukhuwwah ku letak pada lukaku…

Cepat sungguh ia menghilang dan tak terasakn lagi peritnya…

Kemudian aku berjalan lagi..

Dengan hirupan udara yang penuh tazkirah dan nasihat

Membuat diri merasa segar dan hidup semula

Ku lihat seketul batu yang besar menghalang jalanku…

Sepenuh tenaga cuba ku alihkan..

Kali pertama, tidak berjaya..

Kali kedua, tidak berjaya…

Kali ketiga, aku masih lagi tidak berjaya…

terduduk kepenatan aku di sisi batu itu..

Lalu aku mencari2 siapa yang bakal membantu

Lama ku tunggu tiada yang kunjung tiba…

Allah, cubaan apa yang Kau hadiahkan kali ini…

jalan ini bukan red carpet, bisikku dalam hati

Menangis aku tersedu2 berteman si batu

Mungkinkah batu ini dosa2 yang aku kumpul sepanjang hidupku?

Mungkinkah batu ini manifestasi sisa jahiliyyah yang masih melekat padaku?

Mungkinkah batu ini, hak2 yang belum aku tunaikan?

Jalan ini bukan red carpet

Jalan ini jalan berliku, berbatu besar pula

Hendak berpatah semula aku tidak mahu

Hendak ke depan aku tak mampu

Oh sudah aku katakan berulang kali

Jalan ini bukan red carpet

Ini carpet hutan rimba, tanah rumput, awan langit kepunyaanNya

Mestilah jalan ini mengikut kehendak penciptaNya..

bukan kehendak sang pengembara yg hanya lalu diatasnya…

Batu besar oh batu besar…

Pergilah kau, nyahlah kau dari jalanku…

Aku ingin melihat apa yang dihadapku..

Aku tolak sekuat hati,

Sang batu terus teguh berdiri disitu,

tanpa kasihan untuk berganjak melihat penat lelahku…

Lama aku bertafakur, bermunajat dan bermuhasabah..

Lama aku bertapa di perhentian ini…

Ku fikir Dia beri masa aku untuk duduk dan berfikir..

Merenung kembali tabiat mengikuti jalanNya..

Meminta taubat atas segala dosa..

Meminta kekuatan untuk menjadi perisai..

Sebelum tiba ke destinasi lain pula…

Dan sini..

Aku angkat kedua tanganku memohon belas pada yg Esa

Deras airmataku mengalir kesyahduan

Allah, tolonglah hambamu yg lemah ini

Bersaksikan  sang batu yang masih berada disisi……………….

January 1, 2011 Posted by | Uncategorized | 5 Comments

nasihat utk diri sendiri

 

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Suka kah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (49:12)

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR Bukhari)

Siapa yang merosakkan nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal itu akan diambil sesuai dengan kadar aniaya yang dilakukannya. Seandainya ia tidak mempunyai amal baik maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya.” (HR Bukhari)

“Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat.” (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah ia tidak beriman, Demi Allah ia tidak beriman, Demi Allah ia tidak beriman.” Orang bertanya, “Siapakah orang itu wahai Rasulullah?” Rasul menjawab, “Orang yang tidak aman jiran tetangganya kerana kejahatannya.” (HR Bukhari)

 

Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

 

December 17, 2010 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Oh Bangkitlah berjuang!

Bismillah wassolatu ala Rasulullah.

Pagi semalam sengaja saya bersiap awal ke kuliah, menaiki tram walaupun ianya mengambil masa yang agak lama berbanding pengangkutan lain, dengan harapan dapat melihat pagi pilihanraya secara langsung di bumi Mesir ini.

Ramai wanita berpakaian cantik dan kemas menaiki tram semalam. Mungkin mereka mahu keluar mengundi.

Bila berhentinya tram di stesen Syubban Muslimeen, saya terlihat seorang wanita dan anaknya yang mungkin berumur bawah setahun. Dia sedang menyuap air gas atau mungkin air biasa menggunakan botol air gas ke mulut anaknya yang masih kecil. Saya cam wanita itu dan anaknya. Hidupnya di tepi jalan, mengharap belas kasihan orang yang lalu lalang. Kadang2 si ibu kerjanya mengelap kereta yang berhenti disitu, kadang dihalau, kadang diberi upah. Menurut kata rakan, wanita itu yang mungkin lebih muda umurnya dari saya, cuma nampak lebih tua dek kerana pakaian yang lusuh dan tak terurus, dia telah lama menetap di kaki lima jalan, daripada sebelum dia berkahwin, semasa dia mengandung, dan sampailah sekarang umur anaknya mencecah setahun, rumahnya masih lagi di kaki lima.

Nasib dia dan anaknya tiada siapa yang peduli.

Barangkali dia tidak tahupun pilihanraya akan berlangsung, ataupun mungkin dia tahu tetapi tidak mempunyai pilihan langsung, dek kerana hidupnya, tiada siapa mahu memberi hak sepatutnya.

Manusia semakin hilang sensitiviti. Nafsu serakah tamakkan harta lebih besar beraja dalam hati.

Adakah calon2 yang bertanding kali ini pernah turun melihat mereka2 ini?

Jawapannya mestilah tidak, sebab setiap kali orang2 besar ini turun padang, seolah2 padang menjadi kosong, bersih sebersihnya!

Semua orang dihalau, ditolak ke tepi, di larang jalan melintasi kereta2 orang2 besar ini. Masakan orang besar ini nampak mereka yang mengemis. Komen mereka, wah, jalan ini bersih, rakyat sudah pandai jaga kebersihan! Padahal itu hanyalah ilusi semata.

Nasib mereka, siapa yang mahu perjuangkan.

Susah mereka, siapa yang mahu membantu.

Adakah boleh diharapkan calon2 pilihanraya ini?

Politik di Mesir telah lama mengecewakan. Sudah lama menenggelamkan hak rakyat.

Sampaikan satu tahap mereka tidak boleh berbuat apa2 dicelah masyarakat yang melarat hari demi hari.

Hari ini gula naik lagi harganya, LE 6 sekilo. Saya geleng kepala lagi.

Pulang ke kuliah, saya mencari berita tentang pilihanraya hari ini. Laman web IM tidak boleh diakses, berita2 banyak yang mengecewakan. Kes calon IM dipukul, kes anak kepada seorang calon yang mati ditikam semasa menggantung poster ayahnya, kes seorang adik ditembak mati semasa berkempen untuk abangnya, kes politik wang.

Apakah ini hasil kepada sebuah pilihanraya, yang pada akhirnya memang rakyat tidak memilih, malah dinafikan hak untuk memilih!

Sedih memang sedih!

Lagi sedih bila membaca berita politik di Malaysia, perihal Presiden PKR yang melaungkan supaya dihapuskan hak Melayu.

Allah, selamatkan bangsaku! Selamatkan agamamu di bumi tanah tumpah darahku!

Oh Melayu mengapa kamu tidak mahu memperjuangkan bangsamu… Sedang bangsa lain sibuk menjatuhkan kita..

Mereka bersatu semuanya menjatuhkan kita, menghapuskan Melayu ditanah kita sendiri, janganlah kita yang membuka jalannya…

Sedarlah darah yang mengalir itu tetap MELAYU!!

Walaupun ada golongan yang mengambil kesempatan atas hak istimewa ini, perbaikilah! Jangan musnahkannya!

Bangakitlah berjuang untuk bangsa,agama dan negara.

Jangan kita turutkan telunjuk bangsa lain, sedangkan kitalah tuannya!

 

 

November 29, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Isilah hatimu…

Assalamualaikum wbt..

Topik2 Obstetric and Gynaecology banyak lagi yang perlu dihadamkan. Tapi aku memilih untuk menulis sesuatu di sini. Walaupun sudah segelas kopi aku teguk, nyatanya hati dan fikiranku sukar untuk aku alihkan kembali menghadap buku Toppozada yang agak tebal itu.

Hati ku terasa kosong.. Rindu pada sesuatu.. Namun sukar untuk aku pastikan ke arah mana rindu aku itu berbunga..

Adakah pada kawan2 yang sudah jarang bersua kerana masing2 mengurung diri menelaah pelajaran?

Adakah pada keluarga di Malaysia?

Adakah pada kawan2 sekolah lama yang sudah setengah dekad tidak berjumpa?

Adakah pada kuliah yang sudah melabuhkan tirainya untuk semester ini?

Haih… sukar untuk aku pastikan.. Tapi aku rasakan sesuatu yang tertinggal.. sesuatu yang membuat aku rasa tersangkut..

Dalam ketidak pastian ini, aku memilih untuk aku rindu pada halaqah dan pengisian jiwa…

Betapa lama tidak bersua sahabat2, duduk sebentar mendengar tadabbur kalamullah. Mendengar peringatan2 mengetuk jiwa… Mendengar perkataan2 yang indah dan baik2 belaka.. Mendengar suatu kisah walaupun tidak pernah nampak depan mata sendiri, tetapi seakan terasa syahdu dan menusuk kalbu!

Sudah lama tidak mendengar sirah Nabi.. baru aku tersedar kini.. Jarang2 aku rasa rindu pada Rasulullah, dan nafsuku selalu rindu pada yang tidak kekal keberadaannya di dunia..

Walaupun kelas sirah ‘ala khuto’ Habib sudah pun melabuhkan tirainya.. rasa kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad, pemberi syafaat di akhirat kelak tidak patut dilabuhkan bersama..

Ya Allah, isikanlah hati kami dengan rasa cinta kepadaMu dan kepada kekasihMu..

Bantu kami mengingati dan mencintaiMu..

Syaaban bakal berlalu, ramadhan pun bakal menjelma..

Bulan yang paling istimewa hadiah untuk umat Islam telah sampai gilirannya pada tahun ini..

Rindunya perasaan mengharap pada pada Allah.. Rindunya berkejar2 merebut tempat solat di Jamek Ibrahim.. Rindunya bercuti berehat dari kesibukan dunia..

Rindunya kepada jiwa yang mencari Tuhan… Rindunya pada jiwa yang mendambakan keampunan dan kerahmatan..

Rindunya bermunajat dengan tangisan keinsafan..

Membawa jiwa yang terluka, untuk dijahit dengan istighfar..

Membawa jiwa yang kosong untuk di penuhi dengan amal2 soleh..

Membawa kesedihan dan lara diri dengan penuh kerendahan untuk ditukar ganti dengan kegembiraan berbuka dan mengadap Rabb pada suatu hari nanti..

Membawa hati yang gelap dilitupi bayang2 dunia kepada terangnya Nuur keimanan…

Menyatukan hati yang rindukan Tuhannya, bertaut dengan kasih Tuhan kepada hambanya yang tidak bertepi…

Isilah hatimu dengan pilihan yang sebenarnya.. Tarbiyah diri mengenal Allah dan menyedari hakikat sebenar seorang insan di atas bumi yang fana…

Allahumma baariklana fi Rejab wa Sya’ban.. wa ballighna Ramadhan ya Rabb..

July 27, 2010 Posted by | Uncategorized | 5 Comments