to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Isilah hatimu…

Assalamualaikum wbt..

Topik2 Obstetric and Gynaecology banyak lagi yang perlu dihadamkan. Tapi aku memilih untuk menulis sesuatu di sini. Walaupun sudah segelas kopi aku teguk, nyatanya hati dan fikiranku sukar untuk aku alihkan kembali menghadap buku Toppozada yang agak tebal itu.

Hati ku terasa kosong.. Rindu pada sesuatu.. Namun sukar untuk aku pastikan ke arah mana rindu aku itu berbunga..

Adakah pada kawan2 yang sudah jarang bersua kerana masing2 mengurung diri menelaah pelajaran?

Adakah pada keluarga di Malaysia?

Adakah pada kawan2 sekolah lama yang sudah setengah dekad tidak berjumpa?

Adakah pada kuliah yang sudah melabuhkan tirainya untuk semester ini?

Haih… sukar untuk aku pastikan.. Tapi aku rasakan sesuatu yang tertinggal.. sesuatu yang membuat aku rasa tersangkut..

Dalam ketidak pastian ini, aku memilih untuk aku rindu pada halaqah dan pengisian jiwa…

Betapa lama tidak bersua sahabat2, duduk sebentar mendengar tadabbur kalamullah. Mendengar peringatan2 mengetuk jiwa… Mendengar perkataan2 yang indah dan baik2 belaka.. Mendengar suatu kisah walaupun tidak pernah nampak depan mata sendiri, tetapi seakan terasa syahdu dan menusuk kalbu!

Sudah lama tidak mendengar sirah Nabi.. baru aku tersedar kini.. Jarang2 aku rasa rindu pada Rasulullah, dan nafsuku selalu rindu pada yang tidak kekal keberadaannya di dunia..

Walaupun kelas sirah ‘ala khuto’ Habib sudah pun melabuhkan tirainya.. rasa kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad, pemberi syafaat di akhirat kelak tidak patut dilabuhkan bersama..

Ya Allah, isikanlah hati kami dengan rasa cinta kepadaMu dan kepada kekasihMu..

Bantu kami mengingati dan mencintaiMu..

Syaaban bakal berlalu, ramadhan pun bakal menjelma..

Bulan yang paling istimewa hadiah untuk umat Islam telah sampai gilirannya pada tahun ini..

Rindunya perasaan mengharap pada pada Allah.. Rindunya berkejar2 merebut tempat solat di Jamek Ibrahim.. Rindunya bercuti berehat dari kesibukan dunia..

Rindunya kepada jiwa yang mencari Tuhan… Rindunya pada jiwa yang mendambakan keampunan dan kerahmatan..

Rindunya bermunajat dengan tangisan keinsafan..

Membawa jiwa yang terluka, untuk dijahit dengan istighfar..

Membawa jiwa yang kosong untuk di penuhi dengan amal2 soleh..

Membawa kesedihan dan lara diri dengan penuh kerendahan untuk ditukar ganti dengan kegembiraan berbuka dan mengadap Rabb pada suatu hari nanti..

Membawa hati yang gelap dilitupi bayang2 dunia kepada terangnya Nuur keimanan…

Menyatukan hati yang rindukan Tuhannya, bertaut dengan kasih Tuhan kepada hambanya yang tidak bertepi…

Isilah hatimu dengan pilihan yang sebenarnya.. Tarbiyah diri mengenal Allah dan menyedari hakikat sebenar seorang insan di atas bumi yang fana…

Allahumma baariklana fi Rejab wa Sya’ban.. wa ballighna Ramadhan ya Rabb..

July 27, 2010 Posted by | Uncategorized | 5 Comments