to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Allah’s blessing be the first before His test


Assalamualaikum wbt. Apa khabar akhawat semua? Harap2 in the best of iman, dan terus berjuang dalam fatrah exam yang memang menguji kesabaran dan kekuatan kita.

Saya mencuri masa sedikit. Mahu berkongsi apa yang ada dalam minda saya. Takut2 lepas ni lenyap begitu sahaja. Petang2 ni mood membaca berada dalam graf yang paling rendah. Alasan atau fakta? 😀

Day-light saving and how you cope with it.

image

Macam2 yang berlaku dalam tempoh sebulan ini. Sekarang ni musim panas dah bermula, day-light saving pun dah mula berlayar mengikut putaran masanya. Gilirannya dah sampai. Tiba masa musim sejuk berehat dan memberi laluan kepada musim panas. Dan saya, secara peribadi lebih menggemari musim sejuk. Dengan angin sejuk yang menghembus di pagi hari yang menyambut mulanya hari memang refreshing!(kadang2 dek kerana hembusannya cukup kuat, buat kita susah nak inggalkan lihaf!) Musim sejuk boleh pakai sweater. Musim sejuk, badan kurang berpeluh dan boleh berjalan sehari tanpa rasa penat yang berlebihan. Musim sejuk, tahap kesabaran tinggi sikit, mungkin kerana suhu di luar yang tidak mampu membuat bahang amarah menyala. Ini hanya teori saya. Mungkin betul.mungkin salah.

Musim panas, sepertimana yang pernah kita lalui tahun yang lepas, ujian bahang dan panasnya oleh buat orang longlai. Salah sikit, melenting. Mata ni kalau keluar rumah, mesti berkerut, dek kerana panas dan teriknya matahari. Badan cepat berpeluh, belum lagi kalau kita berada ditengah2 orang ramai. Saya pasti anda memahaminya. Tak perlu saya hurai panjang lebar.

Tapi akhawat, as I state as an entry to this post, Allah’s blessing be the first before His test…

Kenapa Allah jadikan musim sejuk, digilirkan pula dengan musim panas, yang keduanya mempunyai beza yang sangat jelas?

Tak rugi orang yang berfikir, menyaksikan kehebatan dan kebesaran Sang Pencipta, yang akhirnya akan meneguhkan lagi iman, membuatkan kita lebih dekat dengan Allah.

Betapa sempurnanya ciptaan Allah...

Kerana itulah salah satu Sunnatullah. Bermulanya sesuatu peristiwa, pasti akan berakhir, dan Allah mempunyai kuasa untuk mempergilirkan antara keduanya, mengikut masa yang ditetapkan. Tidak akan pernah terawal, atau terlambat. Jika Allah mampu mengembalikan musim dingin selepas musim panas, maka, adakah mustahil atau tidak mungkin Allah akan menghidupkan dan mengembalikan kita kembali sesudah mati untuk dihisab di alam akhirat kelak? Sama juga halnya Allah menjadikan siang dan malam yang senantiasa bergilir2. Sungguh, Allah berkuasa atas segalanya.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

(Al Baqarah:164)

Penggiliran sesuatu peristiwa ini adalah satu rahmat buat kita. Kerana ianya tanda dari Allah, bahawa masa telah berlalu. Supaya kita sedar, membangkitkan diri kala kita terleka dan tertidur, bahawa hakikat masa terus berjalan dan tidak akan berhenti. Kerana kasih sayangNya yang tidak terhingga, Allah seakan memberi ‘sign’ secara tidak langsung supaya kita terus ke depan, terus mengorak langkah, membina masa depan dengan hidayahNya, supaya bertaubat dengan dosa masa silam, dan keluar dari zon bahaya mencari zon kebahagiaanNya yang sentiasa terbentang luas.

Masa, adakah ia cair ditangan kita

 

Bagaimana dengan musim sejuk yang lepas? Sama2 kita muhasabah kembali. Semoga silap dan salah kita yang lepas tidak kita ulangi lagi untuk musim yang baru ini.

Sebenarnya saya nak buat entry mengenai result yang baru dapat ni. Tapi idea lain pula yang keluar.

Ok, saya kena baca buku untuk O&G pula.

Rabbuna yusahhil.

May 17, 2010 - Posted by | Uncategorized

1 Comment »

  1. Alhamdulillah…
    betul juga..
    syukran krn mengingatkan 🙂

    Comment by pencari cinta Allah | February 25, 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: