to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Hati-hati


Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,

“Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya.

Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.

Cek hati.

Cek amal.

Cek iman.

Cantiknya bahasa melayu.

Bila hati-hati diungkapkan, bukanlah bermaksud kata majmuk bagi hati..atau hati yang banyak..

Tapi ianya merujuk kepada perlakuan yang teliti, berjaga-jaga, penuh tertib untuk mengelakkan sebarang kecelakaan.

malah hati-hati juga secara tidak langsungnya meletak harapan kepada Rabb Tuhan sekalian Alam, agar dikurniakan keselamatan dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Afala yatafakkaruuun…

Hati-hati dengan keadaan hati kita…

Medical student mesti tahu kan mcm mana function liver untuk membersihkan badan dari toxic? atau dalam bahasa lain detoxification process..

Bagaimana semua makanan yang kita hadam, akan di cerna dalam perut, kemudian diserap, dibawa ke hati melalui portal vein untuk dipilih sama ada boleh digunakan/berfaedah untuk badan akan dilepaskan ke salur darah, mana yang berbahaya ditapis dan disaring kemudian dibawa ke buah pinggang, lalu disalurkan keluar dari badan untuk mengelak mudaratnya.

Anda faham proses di atas?

Maka pasti anda faham fungsinya hati tempat jiwa manusia menyelamatkan diri dari toksin2 dunia.

Apa sahaja yg kita lakukan,apa yang kita lihat, dengar, cakap, menjadi makanan pada hati. Itulah sebabnya kita mempunyai akal untuk membezakan mana baik, mana buruk, sebagai penapis untuk tidak mengotori hati. Hati yang tidak nampak dipandangan mata, tapi memberi kesan kepada kata-kata dan perbuatan serta hidup keseluruhannya.

Jika baik perbuatan kita, maka baiklah hati kita, dan vice versa, this is Virchow’s circle. One thing leads to another.

Namun, cakap seribu bahasa, teori semata memanglah mudah, praktikalnya saya masih lagi fail dan kebanyakan dari kita masih lagi fail.

Akal yang dikurniakan Allah ini, sebagai penapis bahan berbahaya disekitar kita seringkali malfunction, bocor dan seringkali keliru dengan perkara salah yang telah menjadi kebiasaan.Lebih parah lagi kalau kita tidak sedar, tidak mahu mengakui bahawasanya hati kita bermasalah, dan lebih kerap menuding jari menyalahkan orang lain dan keadaan. Padahal hati ini tiada siapa yang tahu mengenai keadaannya, sihatkah atau sakitkah,melainkan Si empunya diri dan Allah.

Oleh itu, tiada penyelesaian lain untuk mengubati sakit hati selain kesedaran dan mendekatkan diri kepada Allah. Itulah sebaik2 treatment dan therapy. Ia akan memberi kesan kepada jasmani dan rohani.

Persoalannya, macam mana kita nak tahu bahawa kita ni ada penyakit hati? Wujud ke apa2 test nak tahu keadaan hati kita, macam kalau liver kita boleh buat liver finction test, liver enzyme, etc?

Boleh, mestilah boleh rasa. Hati sendiri,sendiri rasa kan. Bila kita rasa semacam ada perasaan yang tak best, tak tenang, bila bercakap buat sakit hati orang lain, kurang sabar, lebih banyak buang masa dari buat kewajipan sendiri, rasa nak bersendiri, sedih tanpa ada sebab, kurang nikmat bila beribadat dan macam2 lagi.

Ubatnya, istighfar, menangis kepada Allah, moga Allah beri cahaya kepada hati kita, hilangkan titik2 gelap, beri sakinah dan kemudahan dalam semua urusan.

Hati ini ujian. Maka bersabarlah dan thabat dalam jalan ini.

Hati-hati dengan hati!

June 25, 2010 - Posted by | Uncategorized

3 Comments »

  1. mai.
    hati.sesuatu yg sgt fragile,harus dijaga seteliti yg mungkin.
    takut utk berkata2 disini kerana aku pasti aku jg dikalangan org yg dinyatakan.keterjagaan hatiku bagaimanakah?
    takut kalau hati ini dikelabui dgn kata2 manis syaitan.
    sama2 jaga hati.sama2 menyelusuri singgahsana iman.

    wasalam.

    Comment by pacar hina | June 29, 2010 | Reply

  2. hm.. entry ni general, xde niat nak tuju pada sesiapa, bahkan ianya untuk meingatkan diri ini yg juga pacar hina…

    Apa2 yg enti boleh kongsi, ana terima dgn hati terbuka.. 😀
    Jangan rasa tersekat pula di sini.

    Rabbuna yusahhil…

    Comment by mysar1124 | June 29, 2010 | Reply

  3. like 🙂

    Comment by pencari cinta Allah | February 22, 2011 | Reply


Leave a comment