to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Isilah hatimu…

Assalamualaikum wbt..

Topik2 Obstetric and Gynaecology banyak lagi yang perlu dihadamkan. Tapi aku memilih untuk menulis sesuatu di sini. Walaupun sudah segelas kopi aku teguk, nyatanya hati dan fikiranku sukar untuk aku alihkan kembali menghadap buku Toppozada yang agak tebal itu.

Hati ku terasa kosong.. Rindu pada sesuatu.. Namun sukar untuk aku pastikan ke arah mana rindu aku itu berbunga..

Adakah pada kawan2 yang sudah jarang bersua kerana masing2 mengurung diri menelaah pelajaran?

Adakah pada keluarga di Malaysia?

Adakah pada kawan2 sekolah lama yang sudah setengah dekad tidak berjumpa?

Adakah pada kuliah yang sudah melabuhkan tirainya untuk semester ini?

Haih… sukar untuk aku pastikan.. Tapi aku rasakan sesuatu yang tertinggal.. sesuatu yang membuat aku rasa tersangkut..

Dalam ketidak pastian ini, aku memilih untuk aku rindu pada halaqah dan pengisian jiwa…

Betapa lama tidak bersua sahabat2, duduk sebentar mendengar tadabbur kalamullah. Mendengar peringatan2 mengetuk jiwa… Mendengar perkataan2 yang indah dan baik2 belaka.. Mendengar suatu kisah walaupun tidak pernah nampak depan mata sendiri, tetapi seakan terasa syahdu dan menusuk kalbu!

Sudah lama tidak mendengar sirah Nabi.. baru aku tersedar kini.. Jarang2 aku rasa rindu pada Rasulullah, dan nafsuku selalu rindu pada yang tidak kekal keberadaannya di dunia..

Walaupun kelas sirah ‘ala khuto’ Habib sudah pun melabuhkan tirainya.. rasa kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad, pemberi syafaat di akhirat kelak tidak patut dilabuhkan bersama..

Ya Allah, isikanlah hati kami dengan rasa cinta kepadaMu dan kepada kekasihMu..

Bantu kami mengingati dan mencintaiMu..

Syaaban bakal berlalu, ramadhan pun bakal menjelma..

Bulan yang paling istimewa hadiah untuk umat Islam telah sampai gilirannya pada tahun ini..

Rindunya perasaan mengharap pada pada Allah.. Rindunya berkejar2 merebut tempat solat di Jamek Ibrahim.. Rindunya bercuti berehat dari kesibukan dunia..

Rindunya kepada jiwa yang mencari Tuhan… Rindunya pada jiwa yang mendambakan keampunan dan kerahmatan..

Rindunya bermunajat dengan tangisan keinsafan..

Membawa jiwa yang terluka, untuk dijahit dengan istighfar..

Membawa jiwa yang kosong untuk di penuhi dengan amal2 soleh..

Membawa kesedihan dan lara diri dengan penuh kerendahan untuk ditukar ganti dengan kegembiraan berbuka dan mengadap Rabb pada suatu hari nanti..

Membawa hati yang gelap dilitupi bayang2 dunia kepada terangnya Nuur keimanan…

Menyatukan hati yang rindukan Tuhannya, bertaut dengan kasih Tuhan kepada hambanya yang tidak bertepi…

Isilah hatimu dengan pilihan yang sebenarnya.. Tarbiyah diri mengenal Allah dan menyedari hakikat sebenar seorang insan di atas bumi yang fana…

Allahumma baariklana fi Rejab wa Sya’ban.. wa ballighna Ramadhan ya Rabb..

July 27, 2010 Posted by | Uncategorized | 5 Comments

Emotional Intelligence

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. semalam dah selesai round exam untuk Tropical Medicine..Alhamdulillah..things went smooth.. xde soalan2 yang complicated.. Sekarang ni tgh tunggu round exam untuk Orthopedic plak.. Harap2 semua baik2 belaka.. Kesihatan, semangat, ingatan, perhubungan dengan Allah dan manusia, persediaan nak pergi umrah dan lain2… Kheir, InsyaAllah..

Hari tu pergi rumah Nadiah, tnampak buku pasal Emotional Intelligence, jadi saya pun pinjamlah.

Tak habis baca pun lagi, baru baca 1/3 dari tebal buku, dah berhenti dah sbb tulisan kecik sgt.. dan makin lama makin tak bersemangat plak nak baca..hehe.. mula2 je semangat ni :p

Saya mmg bersemangat nak tahu pasal emotional intelligence ni.. sbb dulu PK HEM sekolah selalu panggil saya..hehe.. jgn la tanya pasal apa.. Sembang2, pastu kat point akhir mesti dia tanya soalan ni,

“Kenapa top scorer banyak masalah disiplin.. kenapa diorang ni jadi nakal? Result memang bagus, nama sume kat ranking atas2, tapi kenapa tak sebagus akhlaknya.. Kenapa banyak rebell, selalu nak lawan cikgu…”

“Adakah sekolah ni nak melahirkan pelajar2 yang mantap dari segi akademik sahaja, tapi soal akhlak, disiplin… Sekolah ni bukan nak lahirkan robot..”

Dan respons saya, tetap sama dari awal hingga akhir.. Saya diam seribu bahasa…

Akal perlukan kemahiran untuk digunakan sebaiknya.. begitu juga emosi.. bukanlah pada emosi itu salah segalanya.. bahkan kepunyaan akal dan emosi itulah yang membentuk kita sebagai manusia..

Akal jika tidak digunakan pada tempatnya yang betul, maka akan terjadilah kefasadan yang  nyata.. Contohnya seseorang itu bisa mengatur plan dengan sempurna sekali, punya bakat yang besar untuk menjadi arkitek atau pelukis plan dengan jayanya.. Namun, sekiranya dia menggunakan akalnya itu untuk mengatur plan merompak bank berjuta2 dengan sangat sempurna… maka berlakulah penyalahgunaan dan akhirnya membawa kepada kebinasaan..

Begitu juga emosi.. Rasa gembira, rasa sedih, risau, takut.. semua ada peranannya masing2, ada tempat yang sesuai untuk digunakan.. Dan juga perlu ada prinsip untuk bersederhana dalam beremosi, supaya tidak terbawa2 dan menjejaskan kehidupan seluruhnya.. Kerana emosi itu sekejap fitrahnya.. semua perasaan ini tidak kekal lama, kadang kita gembira, kadang kita sedih, kadang kita takut, kadang kita sayang, kadang kita benci.. Kuncinya semua perasaan itu turun dan naik, untuk kita sentiasa berada dalam baseline kehidupan dan menyelitkan hikmah dan syukur dalam setiap keadaan dan kejadian..

Dalam buku emotional intelligence karanngan Daniel Goleman ini, ada satu perenggan dalam pendahuluan  yang menghuraikan tentang “Why this exploration now?” Dia mengajukan persoalan mengenai betapa sempitnya definisi “intelligence” dalam skop kehidupan sekarang hanya berdasarkan sehelai kertas gred peperiksaan akademik semata. Bagaimana kita boleh membantu anak2 kita untuk pergi dengan lebih jauh, bukannya terikat dengan kecemerlangan akademik semata.. Beliau kemudian mengulas tentang hidup top scorer di universiti selepas mereka graduate dalam chapter berikutnya, di mana kebanyakan mereka kurang berjaya dalam hidup. Kemudian di mana silapnya?

Saya melihat keseimbangan antara keupayaan akal dan emosi untuk sama2 berjaya adalah sejauh mana jiwa itu dibangun bersama2 ilmu yang diterima oleh akal..

Maksudnya di sini, akal dan emosi hanya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bila, malah boleh pergi lebih jauh bila  jiwa ditarbiyyah, di ajar untuk mengenal Allah, faham dan mencintai agama, bilamana pandangan akal itu dibina melalui logik, lalu difaham oleh hati dan perasaan untuk melihatnya sebagai satu bukti kebesaran Allah, melihat hikmah terlebih dahulu sebelum kebinasaan bila di uji.. yang akhirnya melahirkan satu perasaan yang tenang,seimbang dan stabil..

Ahh.. indahnya perasaan itu.. Rasa tenang seolah2 burung2 yang terbang bebas di udara, terbang dengan kuasa Allah, berzikir sama banyak dengan kepakan sayapnya.. Mengetahui bahawa ada yang memerhati, ada yang Maha Kuasa mengawal segala2nya.. Jiwa itu tahu bahawa akhirnya dia berpegang kepada akar kehidupan yang digenggam dan di kawal oleh Dia yang Punya Segalanya..

Firman Allah dalam Surah Al Mulk, ayat 19:

“Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Off good and bad time.. Kita punya alasan yang kuat untuk kita sentiasa bersyukur..

Kita ada si Dia tempat mengadu, tatkala semua orang memekakkan telinga, membutakan mata..

“La tahzan.. Innallaha ma’as Sobirin.. Jangalah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama2 orang yang sabar..”

Kita ada si Dia yang sentiasa tercari2 di setiap penghujung malam tanpa bercuti walau sehari, di mana hambanya yang berdoa memohon sesuatu.. pasti akan di tunaikannya..

Kita ada Dia, yang sentiasa mendengar, tidakkan pernah jemu walau sesaat, untk mendengar kisah kita berulang2..

Kita ada Dia yang menerima dengan tangan terbuka, dan pelukan kasih sayang, di kala kita rasa dibuang, tersisih dan tidak diperlukan..

Untuk Dialah akar hidup kita.. InsyaAllah walau sekencang mana taufan hidup kita, walau setinggi everest banjir yang melanda, walau selebat mana hujan yang turun.. Emosi kita tidak akan goyang kerana Iman kepada Allah Tuhan yg Satu telah berakar umbi di dalam hati kita..

Emotional Intelligence.. Dapatkannya bersama hati yang mengenal Tuhan, melakukan suruhannya, meninggalkan larangannya..

Emotional Intelligence.. terpancar daripada hati yang dilimpahi cahaya keimanan..bukan dari segi saintifik semata..

Siapa yang kenal dirinya, maka dia kenal siapa Tuhannya!

July 18, 2010 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

Selamat datang ke dunia Qalesyah Zuhairah!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah… sesi pembelajaran tahun 4 bakal melabuhkan tirainya… begitu pantas masa berlalu..di ucapkan SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN dengan sungguh2 kepada kawan2.. kekalkan semangat walaupun adik2 junior dah habis periksa dan pulang berpuasa di Malaysia..

Alhamdulillah.. pada 30 Ogos Jun 2010 yang lalu, ahli keluarga saya dah bertambah seorang lagi..(dah betukan dah nadiah,haha, mcm mana boleh tsilap tarikh plak..hee~)

Telah lahir baby yang comel dan besar (4.2kg) secara normal.. sama tarikh lahirnya dengan Pak Ngah gegrgasi…. agaknya tu la sebabnya dia besar jugak…hehe..

Selamat Datang ke dunia, tempat beramal dan menyimpan bekalan, tempat persinggahan dan tempat ujian sebelum berada di alam yang kekal…

Mak Teh doakan Qalesyah menjadi anak yang solehah, menjadi penyejuk mata ibu dan baba…

InsyaAllah ada rezeki kita jumpa ye..

Doakan Mak Teh nak exam ni..

July 15, 2010 Posted by | Uncategorized | 12 Comments

Parasit apa yang ada di Malaysia?

Enam maut akibat jangkitan ‘air kencing tikus’
Jul 10, 10 6:07pm

Enam penduduk kampung yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu, dekat Maran dilapor meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi itu.

Semua mereka yang terbabit dalam operasi bermula 26 Jun hingga 30 Jun itu, meninggal dunia akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata masing-masing satu kematian dilapor pada 3 Julai, 6 Julai, 7 Julai dan 8 Julai manakala dua kematian pada 9 Julai.

“Mereka mula sakit selepas seminggu menyertai operasi itu, simptom utama adalah demam, batuk, sakit-sakit otot, cirit-birit. Empat orang meninggal di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh dan dua lagi di rumah mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai kejadian itu di Maran, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail.

Mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Azizam Abdullah, 58, Timothy Hoo Seng Heng, 29, Lim Sin Lai, 55, Mohd Ali Abdullah, 60, Zakaria Ayub, 52, dan Zainal Abidin Ismail, 56.

Liow berkata tujuh lagi kini dirawat di hospital iaitu tiga di Hospital sultan Ahmad Shah, dua di Hospital Jengka dan masing-masing satu di Hospital Selayang dan Kuantan Medical Centre.

“Hasil kajian awal mendapati, bakteria ini tidak merebak, hanya membabitkan mereka yang terlibat dalam operasi dan menyelamat itu. Semua keluarga mangsa tidak mengalami simptom itu,” katanya.

Beliau berkata seramai 83 orang terbabit dalam operasi itu iaitu 56 anggota penyelamat dan 27 penduduk kampung.

“Semua mereka terbabit kini telah diberi rawatan awal sebagai langkah berjaga-jaga, bakteria ini sebenarnya boleh dikawal, kematian yang berlaku adalah kerana mereka lambat mendapat rawatan awal,” katanya.

Liow berkata semua mangsa dipercayai terkena virus leptospirosis dan melioidosis kerana kesemua mereka berkhemah di kawasan Lubuk Yu ketika operasi dan menyelamat itu dilakukan sehingga mayat mangsa lemas, Mohd Azhar Azizam, 28, ditemui pada 30 Jun lalu.

Beliau berkata kawasan rekreasi itu kini ditutup kepada orang ramai sehingga keputusan ujian terhadap sampel tanah dan air kawasan itu diperoleh dan tempat itu disahkan selamat untuk orang ramai beriadah.

Liow meminta orang ramai tidak panik kerana bakteria itu tidak berjangkit.

-Bernama

Leptospirosis ada di Malaysia?

Bagi menaikkan semangat saya nak baca buku Tropical Medicine, saya pun google mencari parasit apakah yang ada di Malaysia.

Actually banyak je study paper yang ada cakap pasal parasitic infection di Malaysia.. antaranya di e-medicine leptospirosis, saya quote ini

An outbreak of an acute febrile illness occurred among athletes competing in the Eco-Challenge-Sabah 2000 in Malaysia; 44% of those who reported feeling ill met the case definition of leptospirosis.3 Significant risk factors included kayaking and swimming in and swallowing water from the Segama River.

Leptospirosis memang ada di Malaysia wahai atibba’ Maliziyyin! Dan berita di atas menguatkan lagi bahawa pentingnya belajar leptospirosis ni untuk diagnosed patient awal dan mengelakkan kematian.

Hehe, tersemangat pulak!

Apa lagi parasit yang ada kat Malaysia?

Mostly yang ada adalah MALARIA dan SOIL TRANSMITTED HELMINTHS berdasarkan study paper ini.

So, kena belajar MALARIA dengan sepenuh jiwa raga..spt yang kita tau, kat Malaysia ni yang ada adalah strain resistant to quinine..

Based on study paper ini, yang di buat di sebuah Perkampungan dekat Sabah, saya qoute:

Most of the parasites that occurred during this survey are Giardia lamblia, Ascaris sp,
hookworms and Trichuris trichiura.
One hundred and fifty stool samples were collected from
seven villages. Samples were diagnosed by direct preparation and formol ether concentration
technique. The prevalence rate for intestinal protozoan were Entamoeba histolytica 21.0%,
Giardia .lamblia 8.6% and Entamoeba coli only 3.3%.
The prevalence rate for soiltransmitted
helminths were Trichuris trichiura 10.0%, Ascaris lumbricoides 8.7% and
hookworm 3.3%.
The age group 11-20 years old had the highest rate of infection with both
helminths and protozoa.

Walaupun intestinal Helminthes memang banyak utk di hafal..jom la hafal sama2..:D

guna nota yang k.joji buat pun best gak..

Nak tahu macam mana Malaria di Malaysia?

The Malaria Eradication Program was started in 1967 in Peninsular Malaysia. Since then and up to 1980, there was a reduction in the number of reported malaria cases from 160,385 in 1966 to 9,110 cases for Peninsular Malaysia. Although the concept of eradication has changed to one of control in the 1980, the anti-malaria activities have remained the same. However, additional supplementary activities such as the use of impregnated bednets, and the Primary Health Care approach, have been introduced in malarious and malaria-prone areas. Focal spraying activity is instituted in localities with outbreaks in both malaria-prone and non-malarious areas. Passive case detection has been maintained in all operational areas. In 1990, 50,500 cases of malaria were reported of which 69.7% (35,190) were from Sabah, 27.8% (14,066) from Peninsular Malaysia and 2.5% (1,244) from Sarawak. Until June 1991 a total of 18,306 cases were reported for the country. Plasmodium falciparum continues to be the predominant species, contributing to 69.6% of the parasites involved. The case fatality rate for 1990 was 0.09%. There were 43 deaths all of which were attributed to cerebral malaria. The problems faced in the prevention and control of malaria include problems associated with the opening of land for agriculture, mobility of the aborigines of Peninsular Malaysia (Orang Asli) and inaccessibility of malaria problem areas. There is need to ensure prompt investigation and complete treatment of cases especially in malarious areas. The promotion of community participation in control activities should be intensified. Primary Health Care should be continued and intensified in the malarious areas.

-Southeast Asian J Trop Med Public Health. 1992 Sep;23 Suppl 4:43-9.

Current status of malaria in Malaysia.

Lim ES.

Vector Borne Disease Control Program, Ministry of Health, Malaysia.

Oklah, dah banyak da tulis ni.

SELAMAT STUDY UNTUK SEMUA!

July 10, 2010 Posted by | Uncategorized | 4 Comments

Knowledge is Light

shakautu ila Waki` su’a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna ilman nur
wa nur Allah la yu`ta al-`as

The great Imam ash-Shafi’, he went to his teacher Waki`
Complaining about the weakness of his memory.
He told him, ‘abandon rebellion, for knowledge is a light
And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.’

Am I rebellious? Astaghfirullah.

Jiwa memberontak. Rasa malas. Tak semangat. Baca buku pun agak liat. Apa nak jadi agaknya?

Mungkin kerana round tropical yang agak serabut ni, banyak perasaan tak puas hati, panas, dan banyak mengumpat.

Kesudahannya tanggung sendiri.

Exam minggu depan, tapi susahnyaaa lah nak revise.

Allah ampunkan saya.

😦

July 7, 2010 Posted by | Uncategorized | 6 Comments