to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Zamiilati…


Bismillah wassolatu Ala Rasulillah..

Alhamdulillah, sgl pujian selayaknya bagi Sang Pencipta, Rabb semesta Alam, yang masih lagi memberikan aku peluang hidup, masih lagi memberi membuka pintu taubatNya atas dosa2 yang tidak terhitung, yang masih lagi membri rahmat dan Kasih sayang walaupun diri ini selalu lupa kepadaNya.. Alhamdulillah.. Allahummaghfirlana zunubana, sirril wal jahr.. Nad’u ghufraanak ala kulli zanb ya Ghaffar…

Entah kenapa kebelakangan ini ramai yang terasa dengan saya. Walaupun tiada siapa yang mengatakannya secara direct, saya tahu ada yang terasa dgn saya.Kenapa ya?  Saya rasa saya tidak membuat apa2 yang boleh menyakitkan hati orang lain, atau saya bermaksud untuk membuat sesiapa sahaja terasa hati.

Ada 2 kemungkinan yang dapat saya fikir.

Yang pertama kemungkinan besar hati saya yang xelok, hati saya yang bermasalah lalu dengannya lahir kata2 dan perbuatan yang menyakitkan orang lain tanpa saya sedari.

Yang kedua, mungkin juga hati kedua2 pihak bemasalah.

Bila hubungan dengan Allah tidak dijaga, atau hati gelap diselubungi maksiat, maka hubungan dengan manusia pun kita susah nak jaga.

Mungkin mutabaah amal kita buat hari2 penuh kita tanda, tapi maksiat masih lagi kita buat.

Mungkin juga kita rasa kita dah istiqamah dalam beramal, kita pastikan kita hari2 buat, tp bila kita cek kualiti, adakah kita buat sbb nak penuhkan mutabaah amal semata atau kita buat dengan sungguh2?

Saya sendiri terasa goyahnya bila kita beramal dengan malas. Tak fokus. Lalu akan timbulnya pelbagai masalah.huhu.

Jadi, janganlah kita berpanjang2 terasa hati dengan sahabat kita. Semua pun ada kurangnya, ada celanya.

Minta maaf kepada sesiapa yang terasa hati dengan saya. Jom saya belanja makan kita borak2 panjang.

Ni saya copy paste dari blog orang, ttg peringkat kawan. Ini mungkin secara pemerhatian, kalau nak yang tarbawi boleh buka buku suhbah solehah.:D

Peringkat satu – Teman yang sekadar tahu nama dan rupa kita. Itu saja. Saling bercakap lapik. Saling suka sebab saling nampak molek dalam bercakap lapik tadi. Semata berbual perkara positif atau isu ringan yang membuah senyum dan gelak.

Peringkat dua – Sepanjang meluang masa bersama dan berkongsi pelbagai cerita, kelakuan dan pemikiran masing-masing akan terserlah. Ketidaksamaan tersingkap.

Peringkat tiga – Teman buat keputusan (secara sedar atau tidak) sama ada mahu rapat atau jadi teman biasa. Teman biasa ialah teman yang hanya sesekali berjumpa, jadi kurang peluang bertemu cela. Kekal indah. Kurang rumit. Teman biasa habis di peringkat ini. Peringkat selamat. Teman rapat lanjut ke peringkat seterusnya.

Peringkat empat – Teman rapat dalam proses membiasakan diri dengan kelakuan dan pemikiran kita. Kalaupun dia tidak setuju, dia tidak meninggalkan. Sama ada dia tempelak, atau dia tegur, atau dia diam. Diam ada dua jenis: Diam dan lama-lama borak belakang, atau diam dan lama-lama matang (untuk berfikir ah semua orang ada buruk atau ah semua orang lain-lain.) Kurang expectation. Lahir appreciation.

Peringkat lima – Setelah melalui beberapa fasa susah-senang, timbul rasa ambil berat dan belas kasihan. Dalam fasa yang paling payah, sudut diri kita yang paling hodoh akan terdedah. Waktu ini, teman yang rapat akan cuba cari persamaan dan tumpu pada kebaikan kita. Jika sayangnya banyak, dia akan jumpa. Jika sayangnya sedikit, dia takkan jumpa. Dia paling celik pada keburukan kita, pada perbezaan di antara, dan (secara sedar atau tidak) mula menimbal sama ada mahu menjauh atau tidak. Di peringkat ini, kalau kita ditinggalkan teman rapat, hampanya setanding putus cinta. Dan kita belajar betapa luasnya konsep rejection.

Peringkat enam – Tinggallah teman yang sebenar. Teman yang sebati dengan kita. Terima kita tanpa banyak soal. Matanya sudah menjangkau cacat kita. Melihat kita sebagai kita. Titik.

Kita teman di peringkat mana?

Advertisements

May 29, 2010 - Posted by | Uncategorized

11 Comments »

  1. akak sayang maisarah..^_^
    iAllah..bila ada hubb lillah
    dada pun akan cepat2 cuba dilapangkan
    kalau salamatus sodr pun xde..
    ukhuwah lillah pun xbrape nk ade la..kan

    Comment by ayesha | May 30, 2010 | Reply

    • Sy pun syg k.ayesha jugak..:D

      Betulla, kalau kita igt balik niat kita ukhwah lillah mesti kita cuba sedaya upaya utk husnuzzhon and cepat lapang dada.
      Ala kulli hal niatlah yg plg utama.

      Ukhwah lillah bukan skadar dibibir.
      Kena banyak praktis lg ni.

      Trm ksh atas igtn…

      Comment by mysar1124 | June 7, 2010 | Reply

  2. mayb bukan terasa, just x nk involve in ur life.
    org putih kate, dont complicate things.
    i think that’s why communication is essential in any relationship.

    ^_^ May Allah bless u mai.

    Comment by deiya | May 31, 2010 | Reply

    • Mcm mana tu xnak involve..sdgkan mmg dah kawan..xkan nak pg mcm tu je kot? ke ade suggestion lain?

      yup, communication mmg crucial. But sometimes byk2 conversation pun xselesaikan masalah, mungkin kena cek balik hati and niat.

      Bila kita dah niat utk ukhwah lillah, the fact of being tested is the first thing we must put into consideration. Sbb benda manis,yg plg mahal mestilah sebanding dgn harga yg perlu dibayar,rite?

      Rabbuna yusahhil nadiah!

      Comment by mysar1124 | June 7, 2010 | Reply

  3. maisarah =)
    laen benar entrymu kali ni,tp tak salah,malah mmbuka mata kpd sesetengah orang. two thumbs up.
    klu di lihat dr sudut positifnya,ramai yg terasa tu bermakna ramai yang sayangkan kamu mai. klu org tu biasa2 terasa siket kita tak perasan,malah dia pun mudah berlapang dada. tapi bila kita rapat kita dan dia mudah lah rasa.ini pd pemikiran aku lah.
    beruntunglah kamu wahai sahabat kerana ramai yg menyayangimu. aku tahu kamu pun sayangkan mereka.
    hanya mahu ingatkan masing2,kita boleh menyayangi tapi jgn sesekali mgharap utk disayangi dlm cara yg sama. different people different expression and different way of feelings.

    put all to Allah almighty.

    oh,sebelum tu..kdg2 inginkan kwn dan ingin menjdi kawan peringkat ke6 tu. tapi aku sdr pun bukanlah kwn yg baek.

    just hope the best from HIM 😉

    uhibbuki fillah maisarah@GIANT.hahaha

    sinyu~~

    Comment by genu2 | June 3, 2010 | Reply

    • Nini =D

      Lain ke entry nih? Maybe it sound like personal thing i guess. hehe.

      My equation pulak:
      Makin ramai yg terasa, makin byklah kesalahan sy.
      huhu.

      Apa pendapat nini, kalau ukhwah fillah ni betul ke ade peringkat? ke semua sama rata?

      Comment by mysar1124 | June 7, 2010 | Reply

      • pendapat genu2:sepatutnya tiada secara literal nya ataupun secara teori itu sendiri. kalau semua lillah,perlu ada peringkat ke? cumanya,peringkat penerimaan dan keserasian itu yg sedikit ada levelnya tapi tak bermakna kita perlu beri layanan yg berbeza sangat.
        ntahlah mai, benda2 ni selalu mengelirukan. kadang2 nak rasa akrab,tp kdg2 rasa jgk, berdiri ats kaki sendiri sekukuhnya itlah diri saya.
        mungkin kdg2 diri sdr ni tak praktis ngn betul.

        numb.

        Comment by genu2 | June 13, 2010

  4. wahaha.sy la yg nk terasa ngn awk!bleh dpt borak pjg n dblanje makan!yeah~fatirah coklat nyummy~

    Comment by nik_10 | June 12, 2010 | Reply

    • nik,dah MOK dah…jgn sampai berisi sgt,nnt susah. nini dah besar mcm ni cukuplah tak payah nk tambah bilangan org berisi.hahahahahaah

      Comment by genu2 | June 13, 2010 | Reply

  5. salam mai..
    smakin byk org terasa,mkn byk awk buat salah?
    hmmm..
    myb btol myb x..
    sbb kebelakangan ni sy terperasan i’m the one who changes not others..
    ble sy rse sy terasa sbnrnya sy yg makin fragile..
    mahu menjadi noni yg kuat mcm dulu..huh!

    n akirnya uhibbuki fillah!
    brapa hari sgtla nk terasa ngn org yg disayangi kan..
    =)

    Comment by Dr Norbayani | June 20, 2010 | Reply

    • hmm…kalau wanita ni macam2 sebab boleh terasa..yang paling pntg kita kena banyak2 husnuszhon, mungkin sbb perubahan hormon ke, tensen stdy ke..apa2lah alasan yg boleh kita cari utk selamatkan hati kita dr buruk sgka, apatha lagi dengan ukhti kita sendiri..

      betul ckp noni, akhirnya and at last xde sbb lain yg plg utama untuk elak masalah terasa dan merasa ni selain hubb lillah..itulah penghubung kita yg paling agung..
      terasa lama2 xbgs pun kan..

      peace!

      Comment by mysar1124 | June 29, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: