to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Allahyarham Jalaluddin bin Zakaria


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat, atas rahmatNya yang maish lagi memberi pinjaman nyawa, yang masih mengizinkan jantung ini berdegup mengepam darah, yang masih lagi memberi angin untuk bernafas setiap saat, dan untuk segala nikmat dan rahmat sepanjang hidup didunia, yang tidak mampu kita hitung, hatta di beri 7 lautan untuk menghitungkannya nescaya tidak akan cukup jua.

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

18.  Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( An Nahl;18)

وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni’mat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni’mat Allah). ( Ibrahim:34)

Hari ini genaplah  seminggu pemergian atuk yang telah dipanggil menghadap Ilahi. Begitulah sunnatullah dan hakikat kehidupan yang sementara. Setiap yang hidup akan mati dengan kuasa dan izin Allah Taala. Alhamdulillah, berdasarkan berita yang sara dengar atuk pergi dengan tenang, segala urusan dipermudahkan oleh Allah dan ramai yang datang membantu. Sara yang berada jauh tidak dapat bersama hadir ke sana, apa yang mampu sara buat bersama2 kawan2 di sini solat jenazah ghaib dan tahlil. Moga usaha sara yang sedikit diterima oleh Allah SWT.

Kenangan bersama Allahyarham.


Masih ingat dulu-dulu masa kecik takut dgn atuk. Kalau balik rumah atuk mesti pakai baju kurung. Dikejutnya semua cucu-cucunya bangun subuh. Kemudian dengarlah atuk membaca Al Quran, cucu-cucunya tidak digalakkan untuk tidur selepas subuh. Waktu lapang atuk habiskan dengan berzikir. Masih jelas lagi dibayangan sara tasbih bernombor yang dipegang, sambil duduk diatas kerusi rotan, ditekan setiap lafaz zikir diratib. Pakaiannya sederhana, makan minumnya terjaga, solatnya diutamakan. Seyumannya tidak pernah lekang. Sudah sinonim dan sebati dengan dirinya.

Semua itu adalah latihan secara tidak langsung kepada semua cucu2nya, dan menjadi contoh ikutan yang sangat baik. Kita ada pilihan sama ada untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh atuk dahulu, atau kita meninggalkannya? Sungguh, bila mana anak adam itu mati, yang tinggal hanyalah amal jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang di ajar kepada orang lain dan diteruskannya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
Jika mati anak Adam putuslah amalnya kecuali 3, amal jariah, doa anak shalih, ilmu yang bermanfaat (Hadis riwayat Muslim)

Alhamdulillah, sara sempat berjumpa dengan atuk tahun yang lepas. Sara mengakui sara bukanlah seorang yang mampu mengeksperesikan diri. Tetapi sara sebenarnya begitu terharu bilamana melihat atuk yang gembira bila sara datang menziarahi. Dan sara rasa gembira melihat atuk sempat memakai jubah yang sara hadiahkan. Juga sara amat berterima kasih kepada nenek yang memberi peluang sara membantu menguruskan atuk, walaupun sara tahu sumbangan sara tidaklah sebanyak mana. Sekurang2nya sara berkesempatan mengurus atuk walaupun sedikit.

Semoga Allah merahmati roh Allahyarham dan meletakkan dirinya di taman2 syurga dan orang2 solihin.

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa ‘afihi wa’fu anhu.

Sebenarnya dah lama tertangguh niat untuk menulis, Alhamdulillah Allah beri ilham dan kudrat untuk tulis hari ini.

InsyaAllah minggu depan sara exam final.tolong doakan sara ye. Kirim salam pada semua.

Wassalam.

Advertisements

March 7, 2010 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: