to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Kerana aku juga manusia


Ingin sekali, pada waktu ini, pada ketika ini, mahu sahaja aku jeritkan. Mahu sahaja aku rintihkan. Mahu sahaja air mata ini dihamburkan. Dengan esakan tanpa henti. Merasa jiwa yang pecah dan berterabur.

Astaghfirullahal azim…

Astaghfirullahal azim…

Astaghfirullahal azim…. Ya Allah, kasihanilah hambamu ini…

c.o.m.a

Mana mungkin aku berperilaku demikian. Bukankah Allah telah berulang kali berpesan bahawa fasabrun jameel. Sabarlah adalah yang sebaik2nya, yang paling molek dilakukan saat tangan anda terketar2 menahan kemarahan dan kekecewaan. Saat mata berasa panas, pandangannya kabur dek silauan air mata yang bertakung. Kau menjerit dalam jiwamu, cuba untuk mengawalnya dari terkeluar dari celah kerongkongmu. Kamu marah lalu kamu nak menangkan apa? Menangkan nafsu ammarahmu yang melulu itu? Memuaskan marak api nyalaan baranmu dalam jiwa yang kamu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya?

Wahai hati seorang hamba Allah yang kerdil, BERSABARLAH. Kerana sabar itu hikmah. Kerana sabar mampu menghalang kesal dari singgah ke jiwamu lewat masa nanti. SABARLAH kuncinya. Kunci yang akan membebaskan kamu dari belenggu yang menyesakkan. Maka Bersabarlah!

Hati ini di asak saban hari dengan pelbagai perkara yang kamu sendiri tidak mampu mengawalnya.

Kamu rasa diri itu milikmu semata,kamulah yg mengawal diri kamu, namun ianya ternyata satu kesilapan besar. Sungguh, ada kuasa yang lebih besar yang menjadi pengawal bagi dirimu sendiri. Dialah yang Maha Pencipta. Yang telah menciptakan kamu dari setitis air yang hina lalu dengan kuasa dan kebesarannya kamu membahagi dan lahir sebagai seorang manusia.

Kamu manusia. Kamulah sebaik2 penciptaan. Ya, kamulah manusia.

Manusia yang secara fitrahnya, mahu dilihat HEBAT, mahu dilihat KUAT, mahu DI HORMATI dan mahu jadi yang terbaik setiap masa.

Maka aku pun mahu menjadi seperti manusia yang hebat, kuat dan macam2 lagi.

Kau nampak kuat, kau nampak kebal, kau macam boleh kawal diri dalam masa yang susah.

Lalu aku tanya diriku sendiri, benarkah aku manusia yang begitu? Atau aku yang berusaha untuk menjadi sebegitu, tidak mahu menzahirkan lemahnya diri, tak mahu air matanya dilihat mengalir, tidak mahu kalah dengan situasi.

Allah, Kaulah satu2nya sumber kekuatan.

Tatkala semua orang dengan yakinnya menyatakan aku kuat, Sungguh Kau lebih tahu betapa lemah dan rapuhnya jiwa ini.

Sungguh Kaulah penyaksi segala aduan,rintihan dan tangisku…

Aku akui dengan segala kelemahan dan ketidaksempurnaan diri hanya padaMu…

Janganlah Kau biarkan aku bersendirian meniti detik2 hidup dibumiMu yang fana ini.

Pegang aku, berikan aku HidayahMu, jangan Kau bolak balikkan hatiku setelah kau beri petunjuk.

Akulah yang memerlukanMu, Akulah yang berkehendak kepadaMu.. Sedang Kau dengan segala kebesaran dan kemuliaan, tiadalah kesan,tiadalah kurang kalau aku yang berpaling padaMu..

Bantulah aku, bantulah kami semua dalam mencari Mu, dalam menyelusuri jalan menuju redhaMu..

Kerana aku juga manusia, punya hati dan perasaan..

Tatkala orang lain menyatakan bukankah kau sudah tahu apa yang benar untuk kau buat, sepatutnya sebagai orang yang faham kamu tahu apa yang perlu kau buat untuk selesaikan masalah ini. Kau perlu kuat. Kau kena tahan. Ni masalah kecik je. Haih, aku tengok dari hari tu lagi tak habis2 lagi ke.

Aku tahu Kau ya Allah melihat yang sebenarnya hambaMu ini tidak tahu jalannya ya Allah. Sungguh aku rasakan bahawa hatiku telah luka berdarah. Kau tahu yang aku tak kuat. Maka tunjukkanlah ya Allah akan jalannya. Jangan Kau tinggalkan aku sendirian.

Allah, bantulah hambamu ini.

Advertisements

February 1, 2010 - Posted by | Uncategorized

5 Comments »

  1. mai2..jgn sedih2!!sabar byk2!!istighfar byk!rabbuna maaki!meh nk peluk!hehe

    Comment by Dr Norbayani | February 14, 2010 | Reply

  2. salam wbt.
    ya,sesungguhnya manusia suka melihat luaran kita bagaimana.
    ya,kadang2 kita yang perlu utk korbankan perasaan kita.
    wahai sahabat,
    hanya bersabar jua yang dapat kukatakan,kerana sesungguhnya telah Allah janjikan selepas kesusahan akan ada kesenangan,kita sedang melalui detik yang payah itu,maka nantikan saja saat senang itu bertandang.dan aku jua tidak mampu berbuat apa,kerana sesungguhnya hanya Allah yang maha berkuasa.
    ya,aku insan yang melihat yang tidak tahu bagaimana peritnya yang kamu rasakan.

    tapi apa yang pastinya,kuatnya ikatan seakidah itu memberi sokongan dari belakang.

    semoga Allah merahmati kita,diberikan petunjuk.

    semoga Allah thabitkan kita.

    Comment by genu2 | February 17, 2010 | Reply

  3. hanya ingin berkongsi:
    hati tempat jatuhnya pandangan Allah
    jasad zahir tumpuan manusia
    utamakanlah pandangan Allah drp pandangan manusia….

    hijjaz:rindu

    yosh Giant!

    Comment by genu2 | February 17, 2010 | Reply

  4. rabbuna ma’aki ya ukhti…

    ada hadis nabi, mafhum dia : setiap kesusahan yang Allah timpakan, ada dosa kita yang Allah hapuskan…sahabat bertanya, walaupun hati yg gundah?, nabi mengiakan…

    Sesungguhnya Allah itu dekat~~rabbuna yusahhil exam

    Comment by Nurul Nazihah | February 24, 2010 | Reply

  5. Assalamualaikum wbt. Trm kasih akhawat yang mberikan semangat. Hidup ni ada turun naik. Kheir insyaAllah.

    Kene kuatkan pgantungan pada Allah.
    krn disitulah sumber kekuatan sebenar.

    Comment by mysar1124 | March 7, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: