to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Saya mahu jadi AHLI shj, AJKT pilihlah orang lain


Assalamualaikum wbt.

Pertama2nya setinggi2 kesyukuran atas rahmat dan nikmat Allah, bakal berakhirnya sesi kepimpinan PCI 2008/2009. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…Nad’u wanarju ghufraanak.. Astaghfirullahal’azim wa li wa lakum..Sungguh hanya Allah yang Maha Sempurna, yang terpelihara dari cacat cela, salah dan silap..yang baik itu datangnya hanya semata2 dari Allah, dan yang buruk nyatalah dari kelemahan saya sendiri.

Setinggi2 Penghargaan dan Terima Kasih!

Setinggi2 penghargaan kepada SEMUA AJK Perumahan Akhawat: k.zue,nini,abid,diyana,nas arina,hajar nasruddin,semua ketua floor asrama (sekarang ni dah tahun 2) atas semua usaha dan keringat anda semua dalam membantu saya menggerakkan unit ini. Saya tahu tak ramai yang sanggup menjadi AJK rumah dan anda semua adalah yang terpilih, mempunyai juhud yang tinggi, rasa tanggungjawab dan kesanggupan mengorban tenaga dan masa untuk komuniti di Iskandariah. Tanpa anda semua, saya kudung dan tempang. Kalianlah yang menyemarak semangat tatkala diri ini lemah. Semoga apa yang kita telah lakukan bersama dikira sebagai ajr dan menjadi saksi dan pemberat mizan bila di akhirat sana.

Juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada  penghuluwati2 kawasan, kak Wani, Kak Faten dan K. Bella serta musyrifah2 rumah dan asrama ( terlalu ramai yang terlibat, lenguh kalau nak disenaraikan!) yang banyak membantu usaha unit Perumahan menjaga kebajikan dan menjadi kakak angkat sebagai perujuk masalah. Keperihatinan anda semua adalah tunjang penghubung silaturrahim sesama akhawat. Anda semua mahu mengambil berat kerana anda adalah golongan yang sedar bahawa “man lam yahtam bi amril muslimin, falaisa minhum”.

Juga kepada Ketua Unit Perumahan, AJKT akhawat semua, terima kasih atas idea2 yang bernas dan sokongan mantap.

Muhasabah

Pada sesi kali ini, Unit Perumahan telah berusaha untuk menjadikan rekod perumahan lebih sistematik dan memantapkan kebajikan dan keselamatan rumah melalui sistem penghulu dan musyrifah. Gerak kerja mencari rumah telah pun disusun.Naun banyak lagi aspek yang perlu dikemas kini dan dimantapkan memandangkan kominiti semakin lama semakin besar.

Faktor masa adalah kekangan terbesar dalam gerak kerja. Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas kelemahan saya, ada rumah yang belum sempat saya ziarahi, terpaksa cari ganti untuk teman adik2 mencari rumah dan sebagainya.

Tahniah bagi rumah2 dan tingkat 8 yang menang Home Sweet Home. Alhamdulillah, ada nampak inisiatif akhawat menjaga kecantikan tempat tinggal. Teruskan usaha.

Sudah sampai masa turun berkhidmat sebagai ahli

Pada sesi kali ini, saya amat berharap bahawa saya tidak lagi tercalon apatah lagi naik menjadi AJKT sekali lagi. Cukuplah pengalaman saya berkhidmat sebagai AJK selama 2 tahun dan saya tidak mahu lagi menjadiorang atasan. Saya suka menjadi orang bawahan, berkhidmat tanpa perlu terikat dengan protokol2, lebih bebas mencari dan menggerakkan apa yang saya cita2kan, bukan hanya terikat dengan PCI sahaja. Saya lihat PCI lebih kepada isu profesionalisme, yang bagi saya tidaklah menjadi satu isu yang bernas untuk diri saya sendiri. Saya lebih selesa bekerja atas dasar memperjuangkan kebajikan dan kemantapan akademik.

Berilah peluang kepada orang lain, terutamanya kepada adik2 tahun 2 dan 3. Tahun 4 ni saya sendiri rasa pancit terkejar2 nak cover study dan biarlah yang Tahun 4 ni lebih masa untuk catch up study. Jangan risau, insyaAllah saya ringan tangan nak tolong apa2 program yg PCI buat, tp jd orang bawahan sudahlah.

Masa depan PCI

Saya sokong PCI, saya rasa PCI banyak memberi manfaat kepada kita semua. Tidak menjadi AJK bukanlah tanda protes atau kekecewaan, cuma mahu membawa angin perubahan pada diri terutamanya pada tahun ini. Saya seru ahli2 PCI semua teruskan menyokong PCI dengan menjadi ahli yang aktif dan gunakan masa muda ini untuk menyumbang kepada komuniti kita di Iskandariah ini. PCI tidak bermakna tanpa ahlinya.

Akhir kata, saya mohon maaf kepada semua atas segala salah silap saya. Terima kasih atas sokongan dan dorongan anda semua.

Tolong jangan calonkan/vote saya lagi.

December 26, 2009 - Posted by | Uncategorized

5 Comments »

  1. dah nk turun ker? naik la lagi setahun…
    tukar portfolio lak… ok???

    Comment by medical student | December 26, 2009 | Reply

  2. mudah-mudahan Allah kabulkan tak jadi AJK lagi..k.atie pun ingat nak tulis kat blog,tapi tak sempat pulak,hehe..tp i.A takpeje kot, firasat kata kali ni nama k.atie tak naik…

    Comment by faizatul | December 27, 2009 | Reply

  3. Salam..tahniah maisarah~~selamat meneruskan perjuangan… Doakan yang terbaik buat semua~~

    Comment by Nurul Nazihah | December 30, 2009 | Reply

  4. slm mai~~
    nini dah reply komen kamu di blog patik.

    taniah mai.

    berkat doa,hang tak dicalonkan taun ni.

    huhu…

    best kerja ngn tuan hamba.two thumbs up.heheh

    Comment by genu2 | January 1, 2010 | Reply

  5. Mudah2an berjaya!!!!

    Comment by Pakusu Jai | May 9, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: