to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Salam Maal Hijrah 1431H


Bismillah. Assalamualaikum wbt.

Salam Maal Hijrah buat semua. Moga Allah ampunkan dosa2 kita tahun2 yang lalu. Moga Allah beri peluang tahun baru untuk kita mngutip sebanyak2 bekalan untuk ke negeri sana. Moga Allah pelihara hati2 kita, tidak dibolak balikkan dan sentiasa berpegang teguh dgn tali Allah.

“Aku harapkan maghfirahMu setiap masa dan waktu. Doaku ini bukanlah untuk waktu ini sahaja wahai Tuhan Penguasa seluruh Alam. Sungguh hambaMu yg lemah lagi hina ini selalu alpa dan lalai. Kadang ingat padaMu, kadang terpedaya dengan dunia dan segala isinya, kadang menangis teresak2 laksana anak kecil tika diri tumbang dengan ujianMu, kadang berlaku sombong pula dengan nikmatMu, Allah.. banyaknya kelemahanku..kurangnya amalanku..banyaknya dosaku.. dikala waktu yang semakin menghambat..entah esok atau lusa aku dicabut nyawa.. Masukkanlah aku dalam syurgaMu dengan rahmatMu ya Allah..lindungilah aku dari bahang api nerakaMu ya Allah.. Berikan aku nikmat kefahaman Islam yg sebenar,, berikan aku hidayahMu.. Wahai Tuhan yg Maha Sempurna.. yg terpelihara dari segala macam kekurangan..Kaulah yg Maha Perkasa, yg Maha Mendengar, Yg Maha  Mengasihani.. Kasihi aku ya Allah..”

Hakikat Masa

Masa semakin jauh meninggalkan kita, tidak pernah terlewat walau sedetik, terus berputar tanpa kita sedari. Dan sesungguhNya Allah telah bersaksi dengan masa, sesungguhnya, benar-benar manusia itu dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang mengerjakan amal soleh dan berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran ( Al-Asr:1-3).

Setahun berlalu, sebagaimana tahun2 sebelumnya, dirasakan begitu cepat dan pantas sekali. Sedar tak sedar, setahun yg dimana berlalunya +-365 hari telah pun telah ditutup amalan catatannya. Buku amalan selama setahun telahpun diangkat, dan bermulalah catatan amalan pada buku yang baru. Entah tebal mana salah silap kita yang telah direkod, entah nipis mana amal soleh yg telah dicatit. Mana yang berat, syukur @ kufur?

Allah.. Kalaulah masa itu boleh kembali.. saat kita dihitung pada mizan di akhirat sana.. Perhatikanlah pesan Allah dam alQuran yg agung..tatkala golongan kafir merayu, meminta diberi penangguhan.. diberi sedikit masa lagi utk kembali ke bumi, beribadah dan menyembah Allah yg Ahad.. dan betapa menyesalnya mereka lalu mengharap mereka adalah debu2 tanah..(An Naba: 39-40) Mahukah kita menjadi seperti ini, mengalami dejavu di alam sana, sedangkan kita sudahpun diberi peringatan dan panduan?

Tahun baru, harapan baru?

Saya percaya bahawa manusia itu hidup dengan harapan. Dari harapan timbulnya motivasi dan usaha. Dari harapan gerak kerja dirancang untuk menjadikan harapan itu satu reality. Ada harapan jangka masa pendek, macam harapan nak jadi doctor, berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat. Lalu berusahalah seseorang itu untuk menjadi seorang doctor sebagaimana impiannya. Harapan jangka masa panjang> mardhatillah, syurga. Amalinya kita buat something yg akan bawa kita ke Jannah. Guna setiap peluang dan ruang yg ada utk kutip bekalan ke alam sana. Dunia xtinggal, akhirat tak cicir. Kadang2 harapan yang dulu menjadi motivasi semakin luntur ditelan masa. Mungkin faktor ujian, kekeringan jiwa, perjalanan terasa panjang dan kebosanan pun menjengah. Itu fitrah manusia.

Dengan sebab yg demikian, senggang masa dicipta utk sesorang itu menilai kembali dan bermuhasabah sejauh mana usahanya dapat membawanya menggapai harapan. Mungkin dalam masa setahun, kita boleh menyenaraikan apa yg telah dapat kita capai, mana yang masih keciciran, ingat kembali apa boleh kita perbaiki dan memberi harapan baru kepada kita utk membuat yg lebih baik berbanding tahun yg lepas. Dari tahun ke tahun, kita akan dapat menilai kematangan kita. Samakah diri kita lima tahun yang lepas dengan yg sekarang. Lalu timbullah kesedaran tentang tanggungjawab yang semakin bertambah saban tahun, sama ada sedar ataupun tidak. Betapa masa itu begitu pantas berlari, mungkin banyak yang telah kita tinggalkan, namun jangan lupa masih banyak yg menanti di hadapan.

Hijrah

Mari kita lihat 1431 tahun yang lalu,tatkala kekasih kita, Nabi Muhammad (SAW) dan para sahabatnya berhijrah ke Madinah. Satu peristiwa yang sangat penting dalam tawarikh Islam, dimana bermulanya daulah Islamiyah yang pertama di muka bumi ini. Sirah Nabi ini berulang2 kita dengar dan baca. Apakah signifikannya penghijrahan ini dengan kita sekarang?

Hijrah= bermulanya langkah yg membawa kpd pengertian hidup yg baru.

Lihat bagaimana penghijrahan itu bisa mengubah Yathrib, yang dahulunya sesak dengan dengusan nafas dendam antara Aus dan Khazraj kepada Madinah Al Munawwarah, yang begitu bercahaya atas mantapnya silaturrahim dan kecintaan antara umat tanpa mengira keturunan…semua hati terantai dengan ukhuwwah walau belum pun berjabat tangan bersuai kenal..

Renung sejenak,mampukah kita berkorban meninggalkan segala,harta, keluarga, termasuk suami yang dicintai, berjalan beratus2 kilometer ditanah yang kering dan gersang sehelai sepinggang.. yang ada hanyalah sekeping hati yg dalamnya penuh rasa keimanan dan cinta kepada Allah dan Rasulnya..  Setiap langkah yang di ayun, menitip tasbih, tahmid dan mengEsakan Allah..

Mungkin dulu, kita baca Quran atas tujuan ritual semata..

Tapi kini, Al Furqanlah tempat rujukan dan menjadi pengubat hati..

Mungkin dulu, kita sembah Allah, puji Allah sebab mmg dah rutin..

Tapi kini, kita cuba hadirkan hati, Ihsan dan merasa hebatnya connection yg direct kepada Sang Pencipta..

Mungkin dulu,selalu je baca kisah  Nabi Muhammad, hafal sebab masuk periksa..

Tapi kini, Nabi Muhammad kita kasih dan cinta,sirah kita kaji banyak lagi sebab kita rasa Bagindalah manusia yang paling agung.. rasa xpuas kalau xtahu kisah pengorbanannya yg mampu menggetar hati..

Dulu yang berlalu tidak akan mungkin berpatah kembali, apa yang kita ada sekarang.

Kita masih mempunyai peluang utk memperbaiki diri. Carilah kebahagiaan hakiki. Rahmat Allah itu sangat luas.

Selangkah kita pergi kepadaNya, seribu langkah Dia mendekati kita.

Hidup berTuhan, berpandu Al Quran dan sunnah.

Moga Allah beri cahaya dan petunjukNya kepada kita semuanya.

Berhijrahlah keranaNya.

Advertisements

December 17, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: