to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

birrul walidain (berbuat baik kepada ibu bapa)


Bismillah. Hari ni mcm bosan sket. merayau kat youtube cari video yang best. terjumpa satu video ni. terasa nak share plak dgn semua.

Satu iklan yang sgt touching. huhu. rasa nak menitis air mata pun ada.

Berbuat baik kepada ibu bapa. Ini adalah satu perkara yang sangat penting, sangat dititik beratkan dan sangat dituntut bagi semua anak adam yang lahir ke dunia ini. Setiap manusia yang ada di muka bumi ini pasti mempunyai ibu dan bapa. Ibu bapalah permulaan kita, bak nyanyian Sudirman.. ” ayah dan ibu.. itulah permulaan kami.. dapat melihat bulan dan matahari..”

Jom kita tadabbur Kalam Allah tentang perintah berbuat baik kepada ibu bapa dalam surah Al Ahqaaf, ayat 15-19.

[15]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
[16]
Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.
[17]
Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): “Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? ” Sambil mendengar kata-katanya itu – ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): “Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar”. Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): “Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!”
[18]
Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka – dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi.
[19]
Dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia – yang berbuat baik dan yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan, dan (ketetapan yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun).

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian dan diri sendri yang sentiasa perlu diingatkan…

Renungilah kalam Allah yang telah tertulis dalam Al Quran yang menjadi petunjuk dan penawar bagi kita semua. Bagaimana Allah susun atur kehidupan kita dengan pesanan2 yang telah di peringatkan kepada kita. Mari kita buka minda, buka hati dan pandangan, sama2 kita jadi golongan ulul albab dan golongan yang sentiasa beringat.

Berbuat baik kepada ibu bapa (birrul walidain), senang sahaja kita tuturkan, senang sahaja kita tuliskan. Namun hakikatnya, bukan semudah kata2 yang terlafaz dari bibir. Bagi diri saya sendiri, saya sedar banyak keburukan dan kelemahan saya dalam bab ini. Jika dikenangkan, apa yang saya sudah lakukan untuk ibu bapa saya tidak akan terbanding dengan pengorbanan dan penat lelah mereka. Bahkan kita selalu merasakan kita sudah berkorban banyak dan berkira dalam memberi. Itu belum lagi soal keikhlasan. Adakah kita berbuat baik kepada mereka atas dasar keterpaksaan atau tiada pilihan lain?

Bagi yang belajar di oversea, perlu kita beringat bahawa masa kita bersama keluarga adalah sangat terhad. Saya selalu merasakan bahawa saya jarang berada bersama-sama di rumah. Dari form 1 lagi saya dah duduk jauh dari family. Cuti panjang sahaja ada di rumah. Mungkin ada hikmah yang besar Allah telah aturkan untuk saya. Dan kadang2 saya merasakan itu adalah satu kehilangan yang besar. Mana mungkin ada benda lain yang dapat mengganti masa anda bersama keluarga. Masa akan terus berjalan meninggalkan kita, itulah hakikat pergerakan masa, sentiasa ke depan dan tidak mungkin akan berpatah kembali.

Sudah 21 tahun saya hidup di muka bumi, sebanyak manakah bakti yang telah saya beri kepada ibu bapa saya? Adakah mereka redha dengan diri saya? Sudahkah mereka memaafkan kesalahan saya?

Mama dan ayah, sarah memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran dan kesalahan sepanjang sarah hidup.. Sarah tahu ada banyak hak2 yang tak dapat sarah tunaikan…

Berapa kalilah kita sms/email/ym ibu bapa kita dalam sehari/sebulan? Berapa kerapkah kita bertanyakan khabar mereka? Adakah ada kita doakan kebaikan ibu bapa kita setiap kali dalam berdoa?

Ya Allah, betapa kerdilnya diri dan sikitnya usaha ku.

Saya sebenarnya berazam moga cuti summer pada tahun ini saya dapat berbakti sebaiknya kepada mak ayah dan family saya. Azam sudah ada, praktikalnya saya sedang berusaha ke arah itu. Cuma kadang2 ada ujian yang perlu kita tempuh. Ya, pastinya Allah mahu menguji sejauh mana keikhlasan, ketahanan hambaNya dalam beramal.

Alhamdulillah, Allah beri banyak peluang utk kita beramal. Kesilapan/ kesalahan yang pernah kita buat jangan dijadikan alasan utk berhenti mencuba. Sama2lah kita berusaha utk menjadi anak yang soleh/solehah yang sentiasa membuat hati ibu bapanya tenang, yang tidak lupa mendoakan mereka waktu senang dan susah.

Peringatan ini khasnya utk diri saya sendiri.

Wallahu a’lam.

September 15, 2009 - Posted by | Uncategorized

4 Comments »

  1. salam mai.
    iklan tu klu tak salah iklan ramadhan taun lpas.
    maklumlah,taun lpas ana beraya kt sana.heheh.
    ckp psl ibu bapa,klu ade yg takde perasaan lnsung mmg hati batu betul.setakat ni,apa yg ana lihat..sejauh mn pon anak itu nakal,tak mndegar nasehat,bl disebut psl pengorbanan ibu bapa…luluh jg ht diorg.
    berckp psl ms bersama kuarga,ana sokong.semaken kt mmbesar,semakin jauh dr kuarga semakin singkat ms utk bersama2.
    ana tgh pk2 ni,taun depan nk blk ke tdk.ikotkan hati,nk stay shj di bumi mesir ni lg taun depan.abah dan umi tak pernah mnt ank2 die blk.diorg jenis yg tak kesah sgt,bkn jenis yg klu cuti mst nk ank2 ade kt umah.mgkin sudah biasa wkt ktorg kt asrama,cuti pndek selalunya tak blk.tp,wlwpon diorg tak berusara,kt lah yg perlu menimbang tara.wallahu a’lam.kemudian2 lah psl taun depan tu.
    mai,grab this chance ye.hehe.slmt hr raya!

    Comment by genu2 | September 15, 2009 | Reply

  2. slm..
    semoga Allah memakbulkan doamu wahai sahabat.salah satu golongan yg akn sengsara di akhirat ialah org yg mempunyai ibu bapa yg telah tua tetapi mereka tidak berbuat baik dan berbakti kpd ibu bapa mereka.semoga Allah tidak menjadikan kita drpd golongan tsebut.

    jgn sangka sedang berjuang berseorangan,kerana doa dr sahabat2mu sentiasa mengiringi utk sedaya upaya menyokong perjuanganmu.semoga bertemu kekuatan itu.fi hifzillah,Allah musta’an

    Comment by nik_10 | September 15, 2009 | Reply

  3. Entri yg sgt bagus. Terima kasih kerana mengingatkan. Barakillahufik.

    Comment by Lee | September 16, 2009 | Reply

  4. jazakaillah mai atas perkongsian video ni..
    terharu akak tengok iklan ni.. it made some letters in my notes mengembang.. ehehe..

    frankly speeking, baru jer bercadang nak stay lg summer ni, tak pun nak balik sekejap sangat… biarpun kak rai ngan kak ina dah warning awal2.. suruh balik jugak..

    taktahulah mcm mane nanti..
    ape2 pun thanks..
    chayok2 mai

    Comment by camarmaya | October 24, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: