to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

result sem 6


Bismillah. Alhamdulillah. segal puji2an dan kebesaran yg selayaknya hanya untuk Allah dan alhamdulillah,kita masih lagi mampu mencari keberkatan dan pintu taubat di penghujung bulan ramadhan yg masih berbaki 7 hari lg.

Alhamdulillah. banyak kisah yang berlaku sepanjang seminggu saya tidak mengupdate blog ni. bukan apa, xde idea dan masa tidak mengizinkan.hehe. yelah, nadiah kata ayat saya skema dalam blog. Saya tulis skema supaya mesej yg nak saya sampaikan jelas. secara realitinya saya xdelah skema sgt. siapa kenal saya kenal la perangai saya ni. 😛

Firstly, jom kita borak pasal result. topik ni tak basi lg rasanya. 🙂

Syukur Alhamdulillah, saya tahu rasa kesyukuran saya takkan sama dan sebanding dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Betapa kerdil diri, andai kita tahu bahawa semua ilmu, markah, gred, jawapan kita jawab soalan2 exam, masa kita study, ingatan kita utk apa yg kita dah study, semuanya datang dari rahmat dan kasih sayang Allah. Semuanya milik Allah belaka yang dipinjamkan kepada hambaNya. Saya amat bersyukur Allah bagi saya lulus exam, walaupun xsehebat kawan2 sy yang lain, tp saya yakin itulah yang terbaik bg saya, sebab dengan usaha sy yang xseberapa ni.huhu.

Saya sgt beruntung ada kawan2 yang sgt supportive. notes, study same2, bincang2, kalo xdpt kumpul guna ym pun jd lah.trm kasih utk sifu saya, nadiah norudin. trm kasih utk roomate sy, hasnita yg byk tolong. trm kasih utk kata2 semangat dan doa  family.jazaakumullah khairan katheera. utk semualah. kalau nak senaraikan dah jd post penghargaan plak.hehe.

Banyak pengajaran yang saya dapat sepanjang tempoh belajar thn esp 3rd year ni. result sy masa 2nd year teruk, tp alhamdulillah sume pass. so masa 3rd year sy kena hati2.

1-belajar kena konsisten and kalo ada masalah, kena jugak concentrate study, xde alasan lg dah. apa yang penting hati kena kuat nak mujahadah. kena disiplin diri. kena jaga waktu. keje memangla bertimbun banyak. tp kita perlu priotize, susun perkara yang penting. dan paling penting, waktu kita study, banyakkan tajdid niat. boleh refer hadith 1( innamal a’malu binniat) perbaharui niat kita. insyaAllah Allah tolong mudahkan utk kita. kita study keranaNya. sungguh2 utk kebaikan diri kita jugak kan.

2- carilah sahabat yg membina dan cubalah jugak jd sahabat yang berguna. Yup, pengaruh sahabat sgt besar kesannye pada kita semua kan. yelah, mak ayah da xde nak tengok2kan. Kawan yang baik menunjuk jalan. tegur mana yang xbetul, saling beringat2 dan bpesan pada kebenaran dan hak. Boleh kongsi nota, buku, cara mengingat yg senang, mind map ke. banyak faedah. kalau ada kelapangan buat study grup. Saya percaya kalau kita tolong orang, maknanya kita tolong diri sendiri jugak. insyaAllah ada ajrun yang menanti.

3- jagalah hati. perbaiki hubungan kita dgn Allah dan manusia lain. Solat perkara utama. bila kita jaga perhubungan kita dgn Allah, insyaAllah perkara lain akan menyusul selepasnya. Tingkatkan kualiti solat. Solat malam makanan rohani. Mengaji. Pergi kelas mengaji walaupun xsempat hafal.huhu. Jiwa pun akan rasa lebih tenang, hati rasa lapang, senang nak study insyaAllah. Jangan berhenti bdoa kepada Allah. Doa-usaha-doa-doa lg..

Jaga hubungan sesama manusia. jgn buat sakit hati org lain. Pergi lecture, kalau sakit xpelah. Tp kalau saya tak pergi lecture mmg saya rasa susah nak stdy balik.huhu. Jangan ngumpat.adoih.kadang2 tu sedap je mulut nak ngumpat orang. Astagfirullah.. lebih baik kita diam je drpd banyak ckp takut ade termengumpat ke..

Pastu thn ni thn yg first sy mengadu kat mak ayah ssh nak study. selama ni sy ckp ok je. (padahal tak ok pun, xnak bg mereka risau).saya rasa mengadulah kat mak ayah kalau rasa xboleh nak concentrate. mintak mak ayah doakan. insyaAllah ada berkat doa mereka. kalau xpcaya cubalah.

4- bertawakallah dan berlapang dada dgn keputusan yg akan dikeluarkan. semua yang terjadi pasti akan ada hikmahnya.

Kena baca buku balik sbb rasanya ilmu dah terbang.huhu~~~

Alfu mabruk utk semua yang dah lulus pre-clinical year. Selamat berusaha utk clinical year yg lg 3 thn!

Advertisements

September 14, 2009 - Posted by | Uncategorized

6 Comments »

  1. assalamualaikum wbt

    terima kasih kpd awk yg byk membantu sy jugak.haha.nila baru ayt skema namanya.ilmu itu milik Allah,dan kpd Allah jua kita kembali

    Comment by nik_10 | September 14, 2009 | Reply

    • Wsalam wbt. ho3. xde ape pun yg sy tolong. kan saya da kate result awak mesti lg baik dr saya. hehe. Nway, alfu mabruk nik!

      Comment by mysar1124 | September 18, 2009 | Reply

  2. salam wbt.
    haha,nadiah tak hbs2 ckp psl keskemaan kamu berblog.heheh.
    keskemaan itu perlu utk sampaikan maksud dgn lebeh bermakna.
    ye,sape2 yg knal kamu mst tergelak.ana ni yg skema senanya.hihi.
    tahniah kt sume2.insyaAllah,tahun depan,kt mantapkan lg usaha2 kt.da separuh tempoh da kt ni.kne up sket,betul tak?
    heheh,kamu ni nadiah la sifu nadiah la yg slalu kamu gaduh2.kiki,kelakar la korg ni.

    ‘drpdaNya kt dtg,kpdNya kt dikembalikan.’

    tb2 teringat lg langkah tercipta-unic tu.heheh.

    byk celoteh plak.terima kaseh ats keprihatinan anda dlm semua perkara.Allah jua yg mmbalas.=]

    Comment by genu2 | September 15, 2009 | Reply

    • Wsalam.
      “ye,sape2 yg knal kamu mst tergelak.”
      nini, apsal plak org yg kenal sy nak gelak???
      sy ni bukan clown ok!
      😛
      Nini bukan skema, nini ni garang! haha
      org takut nak main2 ngan nini ni. nanti ada yang kena silat.

      -bila pulak sy dgn sifu sy gaduh?? xde2. aman bahagia iA 😀

      trm ksh jugak atas keperihatinan anda nini.
      walaupun masa hang study kat rumah aku main2, tp dgn kehadiran hang, sekurang2 nya aku study jugak..
      go go go nini!!!

      Comment by mysar1124 | September 18, 2009 | Reply

  3. assalamualaikum wbt sahabat2,
    rindu kt kalian semua.
    hari ini saya juga akan ber’skema dalam berkata-kata
    (ngehehehe)

    terima kasih buat semua sahabat2,
    saya selalu teringat kisah khalid al walid yang diturunkan pangkat panglima dalam perang(x ingat perang apa).
    dalam islam, kita diajar bahawa tak semestinya kita selalunya di hadapan, dan kalau kita hayati ikhtibar sirah ini, banyak yang dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian kita..
    sesungguhnya, kita hanyalah hamba lemah milik Allah..dan, fitrah kita sebagai manusia akan saling memerlukan.

    (^ ^)

    *sebenarnye x tau nk tulis ape..saje nk komen jg.

    Comment by deiya | September 17, 2009 | Reply

  4. saya dan anak murid dah x satu kelas larr

    boleh blajar same2 lg ke lps ni?

    =)

    Comment by deiya | October 22, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: