to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

antara dua garisan


Azfar – Akan Ku Jumpa (versi Ramadhan)

lagu: Isma Yusoof & Pam Yuen
lirik: Isma Yusoof
Produser: Isma Yusoof, Pam Yuen, Ully (Awanband), Azfar & Ash (BAU)
Arranger: Pam Yuen
Executive Producer: Isma Yusoof & James Wong
Studio: Platinum Studio

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

____________________________________________________________________________________________

Dalam hidup ini, nyatanya kita dipisahkan dengan satu garisan halus. antara kawasan baik dan kawasan xbaik.

Jika kita jatuh di kawasan baik, maka secara lahiriyahnya kita akan menjadi baik, di kelilingi yang baik2 belaka,lalu senanglah diri membuat amal dan meningkatkan nilai dalam diri.

Jika kita jatuh ke kawasan tak baik, dikelilingi yang tak baik belaka, maka senanglah untuk kita beramal yang tidak baik.

Jika yang baik merasakan diri dah banyak buat baik, lebih baik daripada orang lain, rasa begitu selesa berada di zon yang baik, maka secara tidak sedar, dia sudah terjatuh ke kawasan yang tak baik yang baginya nampak baiiiikk je. Kerana hawa nafsunya dan bisikan syaitan telah membuatkan dirinya beramal untuk berasa lebih baik drpd orang lain, memandang lekeh kepada orang yang tak baik dan menimbulkan perasaan ujub. riya’ dan takabbur pada dirinya.

See, how close the line is? Kadang2 tak nampak pun garisan tu. Tup2 dah masuk kawasan tak baik…nauzubillah.

Insan yang berada dikawasan kurang baik, sekelip mata je boleh merentasi garisan halus masuk ke kawasan baik, dengan kuasa Allah SWT yang hanya Dia pemberi segala hidayah dan petunjuk, yang memegang hati hamba2Nya, yang mengetahui segenap segala yang zahir mahupun yang tersembunyi. Hatta dengan niat berbuat baik yang ikhlas, dapat menyelamatkan diri seseorang itu daripada belenggu kawasan tidak baik.

____________________________________________________________________________________________

Kadang2 kita tend to judge people, kata dia ni baik, dia ni tak baik. Astagfirullah.. apalah insan kerdil seperti kita ni mampu nak kata orang begitu begini.

Saya selalu berdoa moga Allah pelihara saya dari menilai orang lain. Sungguh saya sedar hakikat, iman turun naik. Hakikat berperang dengan hawa nafsu dan syaitan..ada yang menang, ada yang kalah. Moga kita selalu menang dalam pertarungan antara 2 garisan ini.

Ya Muqallibal quluub, thabbit quluubana ‘ala deenik wa ala tho’atik………

Advertisements

September 5, 2009 - Posted by | Uncategorized

7 Comments »

  1. salam wbt.
    hurm…ameen ya rabb utk doamu itu wahai ukhti.
    mmg perbuatan judge people ni salah satu yg patut dijauhi–suu zon.lebeh2 lg dlm menilai baik buruknya seseorg itu.itu bukan hak kita.hak kita adalah utk beramar makruf nahi mungkar.
    apa yg tertarek lg psl judge ni—jgnlah jg kt judge people ni mcm ni mcm tu eg:klu dlm satu perbincangan tu ada seorg ukhti yg diam,jgnlah kite kate die ni pasif la.mn tau die sdg berfikir dan menilai idea2 yg ada justeru boleh mgulas.mksudnya kt cni,jgn tlampau mudah utk kt buat kesimpulan kpd si pulan.

    tambah lg:ttg garisan pembahagi tu—sbb itu kt dilarang utk beruzlah,malah diseru utk bergaul dlm masyarakat krn di situ lah medan tarbiyah.kt akn jmp bermacam perangai manusia dan di sinilah tmpt utk kt praktikkn apa yg kt dpt dan faham.(terpnjg plak mai)hehe.

    salam ramadhan mubarak.

    Comment by bdk macho | September 5, 2009 | Reply

  2. wsalam wbt.
    jzkk atas perkongsian budak macho. sebagaimana kita xsuka diri kita dilabel dan dinilaikan oleh orang, sebanyak itulah kita kena jauhi drpd berprasangka terhadap orang lain.
    tp jika kita ditegur oleh orang lain, sekalipun yang dikatakan itu tidak benar,terimalah dengan hati yang terbuka dan buka ruang utk muhasabah diri.
    sungguh manusia mana yang sempurna kan..

    Jauhi su’zhon, hiasi hidup anda dengan husnus zhon terutama kpd Allah!

    Comment by mysar1124 | September 6, 2009 | Reply

  3. pasal menilai orang..em..

    pendapat akak..daie kena menilai

    seperti contoh: ali tidak puasa ramadhan di siang hari

    penilaian yang salah:
    ali ni mmg budak jahat la..apesal la ali ni tak pose..sume org pose..suke suki je die x pose..tak tau ke hukum die wajib..leh jatuh kafir tau kalau ingkari hukum pose..

    penilaian kita sebagai daie: eh..perbuatan ali ni salah, ali wajib qadha puasa dia..oh..mungkin ali x sihat..atau mungkin ali sdg musafir..atau ali x larat sebab kerja keras sepanjang hari..mungkin ali x dibimbing dan dilatih dgn betul sejak kecil spy berpuasa..

    tindakan seorang daie:
    berjumpa ali..mengetahui latar belakang ali..mengetahui sebab ali tidak berpose..menasihati ali dengan hikmah..

    sekadar pandangan..wallahu a’lam

    Comment by iman nasuha | September 10, 2009 | Reply

    • iman nasuha:
      -Terima kasih atas contoh yang diberikan. Itu satu situasi yg positif. Apa yang sy ingin kongsi di sini adalah bagaimana kita melihat seseorang itu dan kita nak golongkan mereka baik/xbaik. sedangkan kita tak tahu siapa mereka sebenarnya, apa cerita dan sejarah mereka. Golongan ini hanya tahu menghukum serta merta, padahal ada banyak aspek yang perlu dikaji. Bukanlah orang jahat itu, jahat semuanya. Saya tulis entry ini sebab baru menonton drama antara dua garisan. Situasi yang berada dalam masyarakat kita sekarang. Drama yang menarik sampai syazana pun semangat bangun awal nak tengok cerita ni. kalau k.ayesha ada kelapangan boleh la tgk cerita ni. best!

      Comment by mysar1124 | September 18, 2009 | Reply

  4. salam mai.sepi je blog kamu ni.ternanti2 entry br.hehe…apa2 pon,1/3 ramadhan telah menjengah fatrahnya.semoga dpt lailatul qadr.
    alex da sepi,tgl 11 org shj skrng ni dan bakal menyusut sbb ade bebrp org akn ke kaherah mggu depan.

    selamat beribadah.=p

    Comment by genu2 | September 10, 2009 | Reply

  5. Salam ziarah…Akhirnya,k.atie sampai ke blog Mai…hehe..

    Comment by faizatul | September 11, 2009 | Reply

    • Wsalam k.atie.. Alahmdulillah, sampai jugak k,atie ke blog sy ni.. nasib baik xsesat

      Comment by mysar1124 | September 18, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: