to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Allah, peganglah hati2 ini


Bismillah.

Apa khabar semua? Semoga bertambah amalan kita melalui fasa pertengahan ramadhan ini. Jangan sia2kan ramadhan kali ini, sama2lah kita bersungguh mencari lailatul Qadr, malam bonus yang sentiasa ditunggu2 oleh semua.

Jika kita boleh bangun awal untuk sahur, maka seharusnya kita juga boleh untuk bangun mengimarahkan malam kita dengan tahajud, zikir dan memohon ampunan dariNya. Persoalannya antara nak atau tak je. Nak menangkan nafsu atau nak mujahadah. Alhamdulillah syaitan dah xde nak hasut kita dalam bulan ini. So, kawan2 sume marilah kita jinakkan nafsu kita dengan sabar menunaikan ketaatan dan meninggalkan laranganNya. Ayuh mujahadah nafs!

Jom tadabbur ayat 15-17 surah Ali Imraan:

قُلْ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيْرٍ مِّن ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Katakanlah: “Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?”. Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Yaitu) orang-orang yang berdo’a: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأَسْحَارِ

(yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.

Sama2lah kita bermunajat memohon ampun kepada Allah lebih2 lagi diwaktu sahur…

Allahumma innaka afuwwun kareem, tuhibbul afwa fa’fuanna..

Sebelum pergi ke surau, saya terdengar perbualan adik2 jiran saya. Mereka masih lagi kanak2. Bercakap mengenai apa itu puasa.

” Kalau nak puasa..kita kena puasa mata..mata ni xboleh tengok yang xbaik, pastu kena puasa telinga.. kena dengar yang baik2 je.. pastu puasa hidung.. xleh bau makanan…”

Tersenyum saya mendengar perbualan mereka. Ya, pada usia muda itu, yang dimaksudkan dengan puasa adalah sesuatu yang fizikal, tak boleh itu, tak boleh ini… dan kanak2 memang cepat tangkap dan ingat konsep itu.

Menginjak ke usia dewasa, bagaimana tahap puasa kita? Masihkah di tahap yang lama? Adakah kesan tarbawi,kesan rohaniyyah puasa itu ketas diri kita.. sama2 kita muhasabah kembali.. Moga Allah memegang hati kita untuk tetap bersama agamaNya, jalanNya, ketaatan kepadaNya.. dan membolehkan kita mengecapi nikmat Iman dan Islam itu setiap masa dan memberi makna yang baru setiap hari tentang apa ertinya aku menganut Islam..

Allah, sungguh aku tidak layak masuk ke syurgaMU, tapi aku tidak mampu menerima azab api nerakaMU… selamatkanlah kami semua Ya Allah… Rahmatilah kami ya Allah dengan sifat Ar Rahman Ar Rahim MU… Dengan keberkatan bulan ramadhan ini, aku harapkan terhapusnya dosa2ku, sucinya hatiku, hidupnya jiwaku dengan cinta sebenar cinta kepadaMU tuhanku yang satu….

Allahumma Baalighna Lailatul Qadr!

Advertisements

September 5, 2009 - Posted by | Uncategorized

2 Comments »

  1. salam wbt.
    komen kedua ana.
    hehe…aiwah,sepatutnya semaken dewasa semaken kt memahami erti di sebalik suruhan beribadat itu sdr.
    bg ana ramadhan tahun ini sungguh bermakna..tp dlm perasaan seronok tu,terkilan jg..dlu2 tak pernah nk isi ramadhan dgn sebaeknya(dlu2 khatam al quran pd ramadhan sbb mak suruh)rugi kan?!
    tp satu bnd jgn dilupa.madrasah ramadhan ini perlu diteruskan,istiqamah sehingga lah kt berjumpa dgn ramadhan yg akn dtg.tak cukop klu dlm bln ini shj kt beriya2.klu tak boleh nk maintain 100%,50% pon memadai.

    (komen blog:bagus,tdk berkisarkan kisah dr sdr,lebeh kpd perkongsian fikrah.teruskan)

    Comment by bdk macho | September 6, 2009 | Reply

  2. wsalam wbt.
    trm kasih atas komen budak macho. ( i know who u r) ;P

    Sebaiknya setiap tahun kita merasai kesan jiwa yang bertambah atas ibadah yang kita lakukan. Semakin kita faham apa yang kita amalkan, semain kita hayati kemanisan beribadah dan semakin kita rasa jiwa ini hidup dalam kehambaan total kepadaNya.
    cukuplah kita menjadi hamba kepada Allah yang satu, jgn jdkan diri kita hamba kepada dunia dan seluruh isinya.

    Fastabiqul khairaat…

    Comment by mysar1124 | September 6, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: