to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

mari mengaji


Bismillah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Hari ini Allah telah mengabulkan doa saya, dan saya berasa sangat terharu dengan kurniaan Allah. Alhamdulillah wa syukurillah.

Sungguh, hidayah itu milik Allah, Dia yang membolak-balikkan hati, Dialah yang memegang hati kita. Sejauh mana kita mahu orang lain faham dan mengamalkan Islam yang sebenar, dia xkan mampu merubah keadaan seseorang itu melainkan dengan kudrat Allah SWT. Kerana hanya Dia yang Mampu, Qaadirun Muqtadir.

Allahumma thabbit qulubana ala deenik, wa ala tho’atik, wa ala jihaadi fi sabilik… (T.T)

Semalam tertarik dengan ceramah mengenai fadhilatnya membaca Al Quran.

Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran.”

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)

Begitu besarnya fadhilat membaca AlQuran, sampaikan orang yang tidak lancar membaca AlQuran juga diberi 2 ganjaran. Jadi jangan malas2 lagi. Kuatkan azam, jangan tinggalkan AlQuran berhabuk tak berusik..Rugi2.. Lebih2 dalam bulan ramadhan ni.. perbanyakkan baca AlQuran..moga hati kita lebih bercahaya dan tenang.

‘Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

(Hadith riwayat Tirmizi)

Begitu pemurahNya Allah, memberikan pahala yang berlipat kali ganda hanya dengan membuat satu kebaikan iaitu membaca Alquran..bacalah AlQuran, tadabbur dan hayati kalam Allah. InsyaAllah, moga2 kita menjadi generasi AlQuran mengikut jejak para sahabat dahulu.

Allah..hari ini hari yang sangat mengharukan..betapa besarnya rahmat Allah, melimpah ruah kasih sayangNya, tidak terbanding dengan rasa kesyukuran hambaMu yang kerdil ini..

Allahumma bariklana, warhamna, waghfirlana fi ramadhan…

Allahumma innaka ‘afuwwun kareem, tuhibbu ‘afwa fa’fu’anna..

Advertisements

September 3, 2009 - Posted by | Uncategorized

4 Comments »

  1. alhamdulillah..sy turut rasa gembira sekali.Allah itu sgt dekat,mendengar dan mengabulkan doa hambaNya yg memohon pdNya.walaupun kita pd awlnya sendiri tidak menyangka ianya akan berlaku spt apa yg kita harapkan.tp kuasa Allah itu kan mengatasi segala2 nya.mabruk alaik!semoga segala usaha dikurniakan hasanat yg blipat kali ganda

    Comment by nik_10 | September 3, 2009 | Reply

  2. Semoga Allah tetapkan hati hambaNya dalam menyusuri jalan menuju kepadaNya..
    Jazakillah khairan kathira atas doa semua!

    Comment by mysar1124 | September 3, 2009 | Reply

  3. smoga Allah juga turut menguatkan hati ini. benar,Allah menguji mengikut apa yang kita mampu lalui.

    .walaupun mungkin perit.

    Comment by deiya | September 5, 2009 | Reply

  4. “Allah Ta’ala akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum. Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan pangkat. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah. Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan ‘isteri, mertua, tetamu’ akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, ‘mertua datang, tetamu datang silih berganti,’ yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya” (K.H. Rahmat Abdullah,Episode Cinta Sang Murabbi)

    kita akan diuji dengan perkara yang kita bermasalah dengannya keran itulah tarbiyah direct dr Allah utk mbentuk hambaNya yang soleh.

    InsyaAllah, bersabarlah dengan sedikit dugaan walaupun harganya terlalu tinggi utk dibayar, hati terasa begitu pedih dan perit. Namun hanya RedhaNya yg kita harapkan…

    Comment by mysar1124 | September 5, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: