to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

anak yatim


darulizzah

Bismillah.Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah yang mengurniakan nikmat yang tidak terkira banyaknya walaupun diri selalu alpa.

Pada hari jumaat yang lepas, Allah memberi saya peluang mengikuti program berbuka puasa bersama anak yatim anjuran PERUBATAN di rumah anak yatim darul izzah, bandar baru bangi. Alhamdulillah, ayah selalu bagi green light nak keluar g mana2.setakat ni xpernah halang saya pergi mana2.asalkan berteman.huhu.terima kasih ayah! mama agak berat skit nak lepaskan saya keluar, tp nak buek macam mano, anak dia yang sorang ni memang degil.kena paksa rela gak la kan mama.hehe.

Bertolak dari rumah pukul 4 ptg, bajet masa dalam 2 jam sampai komuter kajang. (buat pengetahuan, rumah saya jauh dari klang dan kl). On the way jem plak.aiseh.kena jalan kaki sket sampai komuter klang, ayah hantar sampai jambatan je.xpelah, ni nak tambah pahala ni! naik komuter, alhamdulillah dapat duduk sebelah makcik. lega la xduduk sebelah lelaki. alhamdulillah.dalam perjalanan baca quran, makcik tu pandang pelik, orang sebelah kiri pun pandang pelik.xpelah, kita baca quran bukan nak menunjuk, kita baca sebab nak raikan bulan turunnya kalam Allah ni. dari ddk melangut. baik kita baca quran. ingat nak solat asar skali dalam komuter tu, tp rasa cam xbest plak. solat kat kl sentral la. pastu makcik tu turun, org laki dok kat sebelah.adoh,xselesanye. takut nak sandar. so fokus bc quran jelah.

sampai kl sentral,fuhhh~ punyalah ramai orang.sampai xboleh nak lalu.silap besar la plan sy nih.patut btolak lg awal.sampai kl sentral da pkl 6. janji ngan najah pkl 6 kat kajang.adeh.sian najah.tunggu sejam setengah baru sampai. sedih la kat msia.budaya bg makan buka puasa xde.tak macam kat mesir.mesti ada orang jalan2 bagi kurma.huhu.tahan je la sampai kajang lps 10 min azan.huhu.dugaan2.

sampai kajang jumpa farah yasmin, kawan lama. balik cuti. dia study kat france. saja ajak dia pergi sekali. drpd jumpa saja2 je. baik kita jumpa boleh dapat pahala lagi besar kan min? hehe. pastu jumpa la najah dalam kereta. singgah petronas, solat then pg rumah anak yatim.

Alhamdulillah, kami sampai langkah kanan terus makan.borak2 dgn umi (peg yg uruskan rumah anak yatim tu). Rupa2nya asrama anak yatim ni utk lelaki shj.aduh, da la saya bawak baju permpuan nak sedekah. tp umi kata xpe. nanti dia uruskan. asrama anak yatim perempuan ada kat pahang. details mengenai rumah anak yatim darul izzah boleh dicari dgn link dibawah; ( incase sape2 nak menyumbang lg ke, ahlan2)

Lama xjumpa min. dah 2 tahun. ade cerita menarik utk petronas scholar.haha. petronas melarang anda berkahwin sama skali dalam tempoh pengajian, melarang anda berkahwin sesama staff dan ape ntah satu lagi xigt. ngarut betul lah.isk2. kesian kat insan2 yang terikat dgn petronas ni. sepatutnya kita kena galakkan perkahwinan, utk elak maksiat, bukannya buat peraturan yang menyusahkan lagi orang yang nak berkahwin.haih. semoga Allah memudahkan urusan kalian dan memberi petunjuk. Min, jumpa lagi dilain masa. Kalau tidak di dunia, mungkin di negeri sana. Saya doakan kamu sukses2 selalu dan sentiasa dirahmati Allah.

Saya bermalam dirumah syazana, malam tu tidur lambat sgt, byk sgt cerita yang nak dikongsikan. macam2. nasib baik dapat bangun sahur.hehe.Alhamdulillah, kami solat subuh di masjid dan Allah jemput menghadiri majlis ilmuNya. kuliah pagi best. hehe. Tapi ada satu soalan yang timbul pagi tu, aina shabab ummah? adoh. yang ramai jemaah dari golongan berusia emas, yang masih btungkus lumus mencari ilmu, menulis nota dalam bahasa jawi lagi. huish. mmg kagum betul dengan nenek tuh. kami pun xbawak notes, konon bijak pandai sangat.huhu. nenek, kami akan jadikan dirimu sebagai contoh

Balik rumah qadha’ tidur, solat zohor sama2 dgn nisa’2 di rumah syazana. bila solat jemaah kita dapat rasa kekuatan. kenikmatan. rasa menuju ke arah yang sama. Moga Allah thabatkan hati2 kita dalam ketaatan dalam agama ini. Atas jasa baik emak syazana, beliau telah menghantar saya ke rumah nenek di Shah Alam. Jazaakillah khairan kathira atas layanan baik makcik. Moga Allah gandakan sebanyak2 kebaikan.

“berbuat baiklah kamu,nescaya kamu akan berasa lebih tenang dan gembira apabila melihat orang lain gembira dengan perbuatan baikmu; dan peliharalah hati2mu jangan diperdaya dengan rasa dah banyak buat baik, sungguh rugilah barangsiapa yang terperdaya dgn dirinya sendiri…” (ayat sendiri)

Pengajaran daripada trip ini:

1. Tetapkanlah niat anda, dan redhalah dengan apa dugaan yang menimpa sepnjang perjalanan menuju matlamatmu itu. Allah sayang ita, banyak ujian Dia beri untuk tingkatkan darjat kita.

2. Jika ada peluang untuk beramal, pergilah dan usahakan sebaiknya. Melabur utk saham akhirat.

3. Sayangilah anak yatim. Anak yatim anak yang mulia. Mereka adalah insan yang kuat. Setiap kali saya lihat mereka, malu pada diri sendri, kadang2 ujian sikit pun dah meraung2. Astaghfirullah…

4. Bersilaturrahimlah. Cuba kenali sahabat kita dan keluarganya sekali. InsyaAllah ukhuwwah akan terasa lebih indah.

Bukalah mata,cerahkan pandangan mata hati…Allahu A’lam.

Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). Al-Israa’ (17:72)

August 30, 2009 - Posted by | Uncategorized

2 Comments »

  1. Suatu ketika, Rasulullah saw bertemu dengan beberapa anak yatim dari syuhada
    perang Uhud yang sedang bermain. Nabi mengusap-usap kepala dari anak-anak yatim
    tersebut dan berkata, “Aku berasal dari anak yatim, siapa yang mengasihi anak
    yatim, berarti ia mengasihi diriku. Aku dan orang-orang yang mengasuh anak
    yatim berada di surga seperti begini (Rasulullah memberi isyarat dengan jari
    telunjuk dan jari tengah yang direnggangkan sedikit saja antara kedua jari
    tersebut).” (HR Bukhari)

    ho..kmy..br igt nk usap2 kepala dirg..sekali rumah anak2 yatim lelaki pulak..hehe

    Comment by syazana | September 1, 2009 | Reply

    • xpelah..xde rezeki nak usap kpl adik2 lelaki tu..tp oklah, awak layan diorg main hari tuh.. siap dukung2 lagi… hebat2.. moga2 Allah terima niat baik kita..

      Comment by mysar1124 | September 2, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: