to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Ramadhan Bulan Kemuliaan


Bismillah. Dengan nama Allah, yg Maha Sempurna, jauh dari cacat cela dan tiada yang setanding dengannya.

Alhamdulillah, hari ini hari yang kedua kita bisa hidup dalam berkat dan rahmatnya bulan ramadhan. Semoga Allah mengurniakan kita dengan rahmat pada awal penghulu bulan ini.

Hari pertama saya berpuasa di Malaysia bersama keluarga. Alhamdulillah, makanan melimpah ruah. Murah rezeki duduk kat Malaysia ni. Lagi pula dapat masakan atuk.fuh.memang layan la.

Saya rindu mesir. Disana makanan rohani yang melimpah ruah. Berbuka ala kadar, takut nak makan banyak sebab nak pergi terawih nanti senang. Pergi mana-mana dapat lihat manusia membaca al-Quran. Bila malam masyaAllah, penuh masjid sampai ke jalan.Rindunya.

Ini gambar solat raya, gambar masa terawih tiada.

Ini gambar solat raya, gambar masa terawih tiada.

Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, ‘Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Inilah pentingnya menjadi as-Saaihun. Melihat tempat orang, perhati budaya dan cara mereka. Ambil yang baik,tinggalkan yang buruk. Dan cuba untuk praktikkan di tempat sendiri. Bab praktikal yang payah sebenarnya. Kita kagum dan bercita-cita mahu melaksanakan perkara yang baik, mujahadah tuntutannya besar, bila berjaya laksanakannya Allah dah janji ganjaran berlipat kali ganda. Allah itu Maha Pemurah. Sikit kita usaha, selautan Dia bagi Rahmat dan Kasih SayangNya. Bila banding dengan kesyukuran kita jauh kan bezanya.

Kali ini Allah bagi peluang kita masuk ke madrasah ramadhan sekali lagi. Semoga kita keluar dari madrasah ini dengan bekalan penuh di dada. Cas bateri keimanan kita biar tahan sampai ramadhan seterusnya. Permulaan ini, kita mulakan dengan sebaiknya.Moga pengakhiran juga yang baik.

Selamat beramal.

Ke arah jiwa hamba. semakin tunduk dari hari ke hari.

*Selamat menunaikan umrah untuk akhawat yang akan bertolak hari ini ke tanah Haram. Doakan ana juga dapat ke sana. Semoga mendapat manfaat sepenuhnya di sana.

August 23, 2009 - Posted by | Uncategorized

1 Comment »

  1. kak my!!!hehe
    rindunye~
    salam ramadhan kareem..
    moga kali ini lbey baek drpd sblmnye=)
    kullu sanah wenti toyyibah ya ukhti~

    Comment by hanun | August 26, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: