Isu Palestin
Bismillah wassolatu ala Rasulillah.
Sepertimana yang kita sedia maklum, isu palestin adalah isu sepanjang zaman, isu ummat, isu yang perlu difahami, di update dan diambil tindakan pada setiap masa dan ketika.

Namun malangnya bagi saya kadang2 saya ambil cakna tentang isu Palestin ini bermusim. Semangat membuak2 tatkala membaca berita tentang serangan besar2an seperti Perang di Gaza pada 25 Disember tahun lepas ataupun peristiwa kapal aktivis yang diserang Israel baru2 ini, namun apa tindakan saya seterusnya?

![]()
Apa jadi dengan gap masa bila tiada berita sensasi ke udara, atau terpampang di dada akhbar?
Apakah saya mahu lagi membaca kisah2 di Palestin yang hakikatnya penderitaan mereka berterusan, tiada hentinya mereka ditekan?
Saya mempunyai 2 pilihan, sama ada saya mahu menjadi saudara yang bermusim, kadang2 sahaja ambil berat, kadang terlupa, atau, saya menjadi saudara sepenuh masa…

InsyaAllah, saya memilih untuk menjadi saudara sepenuh masa..
Lalu timbullah idea utk saya membuat satu page di blog ini, utk saya rakamkan isu2 Palestin yang diharapkan menjadi iktibar dan peringatan untuk diri saya sendiri khususnya.

Allahumman surnal muslimin wal mujahidin fi falastin, wa fi kulli makan wa fi kulli zaman..
Allahumma a’izzal islam wal muslimin…
No comments yet.