Jalan ini bukan red carpet
Kadang-kadang rasa mahu berhenti sahaja
Duduk diam dan hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa
Ya, memang benar jalan ini bukan jalan red carpet
Ia tidak dibentang dengan permaidani yang empuk lagi selesa
Bukan juga dihiasi kilauan glamor dan fantasia
Dulu, kita rasa pilihan kita tepat untuk melalui jalan ini
Setiap langkah diatur dengan seribu kesyukuran kerana hidayah ini..
Kali pertama tersadung batu, aku bingkas bangun mengabaikan kesakitan…
Kerana aku tahu, hidayah ini penawarnya…
Lalu aku kutip titisan madu ukhuwwah ku letak pada lukaku…
Cepat sungguh ia menghilang dan tak terasakn lagi peritnya…
Kemudian aku berjalan lagi..
Dengan hirupan udara yang penuh tazkirah dan nasihat
Membuat diri merasa segar dan hidup semula
Ku lihat seketul batu yang besar menghalang jalanku…
Sepenuh tenaga cuba ku alihkan..
Kali pertama, tidak berjaya..
Kali kedua, tidak berjaya…
Kali ketiga, aku masih lagi tidak berjaya…
terduduk kepenatan aku di sisi batu itu..
Lalu aku mencari2 siapa yang bakal membantu
Lama ku tunggu tiada yang kunjung tiba…
Allah, cubaan apa yang Kau hadiahkan kali ini…
jalan ini bukan red carpet, bisikku dalam hati
Menangis aku tersedu2 berteman si batu
Mungkinkah batu ini dosa2 yang aku kumpul sepanjang hidupku?
Mungkinkah batu ini manifestasi sisa jahiliyyah yang masih melekat padaku?
Mungkinkah batu ini, hak2 yang belum aku tunaikan?
Jalan ini bukan red carpet
Jalan ini jalan berliku, berbatu besar pula
Hendak berpatah semula aku tidak mahu
Hendak ke depan aku tak mampu
Oh sudah aku katakan berulang kali
Jalan ini bukan red carpet
Ini carpet hutan rimba, tanah rumput, awan langit kepunyaanNya
Mestilah jalan ini mengikut kehendak penciptaNya..
bukan kehendak sang pengembara yg hanya lalu diatasnya…
Batu besar oh batu besar…
Pergilah kau, nyahlah kau dari jalanku…
Aku ingin melihat apa yang dihadapku..
Aku tolak sekuat hati,
Sang batu terus teguh berdiri disitu,
tanpa kasihan untuk berganjak melihat penat lelahku…
Lama aku bertafakur, bermunajat dan bermuhasabah..
Lama aku bertapa di perhentian ini…
Ku fikir Dia beri masa aku untuk duduk dan berfikir..
Merenung kembali tabiat mengikuti jalanNya..
Meminta taubat atas segala dosa..
Meminta kekuatan untuk menjadi perisai..
Sebelum tiba ke destinasi lain pula…
Dan sini..
Aku angkat kedua tanganku memohon belas pada yg Esa
Deras airmataku mengalir kesyahduan
Allah, tolonglah hambamu yg lemah ini
BersaksikanĀ sang batu yang masih berada disisi……………….
mai..sy xpndai nk nasihatkan awak..nk beri smangat pd awak.apalagi nk jd contoh yg baik utk awk.awk mampu utk bangun smula.jgn risau..walaupun sy xmampu memapah awk utk bngun,doa sy xpenah putus utk awk.be strong k!sy sayang awk kerana Allah sgt2!
allah yuqawwik ukht..
bersabarlah menghadapi batu itu
allah sedang uji kesabaran awk
for you,
your aim is to pass over the big rock
but for Him,
its not about passing the rock
its about ur patience
ur perseverance
ur faith in Him
percayalah mai..
it’s when u believe in urself
in Him His Guidance and His Mercy
then only u can do it..
u can do it MAYAYAY~
salam…
nape ni syg…
Allah yg menjadikan manusia…
Dan DIA juga yg tau mane yg baek n buruk buat kita…
jgn sedih2 syg…
Semua yg dugaan yg dtg wat kita lebih mendekatiNya..
saya kenal kmy sebagai seorang mujahidah yg sgt tabah,kuat dan bersemangat..
uhubukufillah!!
uhibukifillah ya ukhti!!
ukhti maisarah jgn jatuh..
sy tahu akak mesti akan bgn dengan penuh bersemangat..
-baik- he3