to see beyond the edge

kita intai dunia sana bagaimana…

Jalan ini bukan red carpet

Kadang-kadang rasa mahu berhenti sahaja

Duduk diam dan hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa

Ya, memang benar jalan ini bukan jalan red carpet

Ia tidak dibentang dengan permaidani yang empuk lagi selesa

Bukan juga dihiasi kilauan glamor dan fantasia

Dulu, kita rasa pilihan kita tepat untuk melalui jalan ini

Setiap langkah diatur dengan seribu kesyukuran kerana hidayah ini..

Kali pertama tersadung batu, aku bingkas bangun mengabaikan kesakitan…

Kerana aku tahu, hidayah ini penawarnya…

Lalu aku kutip titisan madu ukhuwwah ku letak pada lukaku…

Cepat sungguh ia menghilang dan tak terasakn lagi peritnya…

Kemudian aku berjalan lagi..

Dengan hirupan udara yang penuh tazkirah dan nasihat

Membuat diri merasa segar dan hidup semula

Ku lihat seketul batu yang besar menghalang jalanku…

Sepenuh tenaga cuba ku alihkan..

Kali pertama, tidak berjaya..

Kali kedua, tidak berjaya…

Kali ketiga, aku masih lagi tidak berjaya…

terduduk kepenatan aku di sisi batu itu..

Lalu aku mencari2 siapa yang bakal membantu

Lama ku tunggu tiada yang kunjung tiba…

Allah, cubaan apa yang Kau hadiahkan kali ini…

jalan ini bukan red carpet, bisikku dalam hati

Menangis aku tersedu2 berteman si batu

Mungkinkah batu ini dosa2 yang aku kumpul sepanjang hidupku?

Mungkinkah batu ini manifestasi sisa jahiliyyah yang masih melekat padaku?

Mungkinkah batu ini, hak2 yang belum aku tunaikan?

Jalan ini bukan red carpet

Jalan ini jalan berliku, berbatu besar pula

Hendak berpatah semula aku tidak mahu

Hendak ke depan aku tak mampu

Oh sudah aku katakan berulang kali

Jalan ini bukan red carpet

Ini carpet hutan rimba, tanah rumput, awan langit kepunyaanNya

Mestilah jalan ini mengikut kehendak penciptaNya..

bukan kehendak sang pengembara yg hanya lalu diatasnya…

Batu besar oh batu besar…

Pergilah kau, nyahlah kau dari jalanku…

Aku ingin melihat apa yang dihadapku..

Aku tolak sekuat hati,

Sang batu terus teguh berdiri disitu,

tanpa kasihan untuk berganjak melihat penat lelahku…

Lama aku bertafakur, bermunajat dan bermuhasabah..

Lama aku bertapa di perhentian ini…

Ku fikir Dia beri masa aku untuk duduk dan berfikir..

Merenung kembali tabiat mengikuti jalanNya..

Meminta taubat atas segala dosa..

Meminta kekuatan untuk menjadi perisai..

Sebelum tiba ke destinasi lain pula…

Dan sini..

Aku angkat kedua tanganku memohon belas pada yg Esa

Deras airmataku mengalir kesyahduan

Allah, tolonglah hambamu yg lemah ini

BersaksikanĀ  sang batu yang masih berada disisi……………….

January 1, 2011 Posted by | Uncategorized | 5 Comments

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.